awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar asyik keluar main TikTok, sekolah nekad buang cermin tandas

Gempak
Gempak
25/01/2024
09:26 MYT
Pelajar asyik keluar main TikTok, sekolah nekad buang cermin tandas
Pihak pengurusan Sekolah Southern Alamance Middle memantau kebanyakan pelajar masuk ke tandas dengan lama dan membuat aktiviti TikTok dengan menggunakan cermin. -Gambar hiasan
SEBUAH sekolah di Carolina Utara membuat keputusan membuang semua cermin yang dipasang di tandas selepas para pelajar didapati kerap menghabiskan masa membuat TikTok.
Pihak pengurusan Sekolah Southern Alamance Middle tersebut memantau kebanyakan pelajar masuk ke tandas dengan lama dan membuat aktiviti TikTok dengan menggunakan cermin.
Malah ada dalam kalangan pelajar didapati masuk ke tandas sembilan kali sewaktu waktu pembelajaran berlangsung hanya untuk merakam TikTok.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengurusan membuang cermin-cermin yang dipasang di tandas seperti diumumkan sekolah tersebut minggu lalu.
“Para pelajar asyik berulang alik ke tandas untuk tempoh yang lama dan merakam TikTok,” ujar wakil sekolah tersebut seperti dilaporkan New York Post.
Tambah pihak sekolah keputusan membuang cermin di tandas selepas mendapati ia ada dalam kebanyakan video TikTok yang dirakam para pelajar.
“Kami berharap dengan tindakan ini (membuang cermin) ia akan membawa perubahan besar terutama pelajar tidak akan kerap dan menghabiskan masa yang lama di dalam tandas,” katanya lagi.
Selain membuang cermin, pihak sekolah memasang pas digital yang boleh mengesan berapa banyak kali seseorang pelajar masuk dan keluar daripada kelas. -Gempak
Topic Berkaitan
#TikTok
#sekolah buang cermin
#sekolah di Carolina Utara
#pas digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan