Pelajar sekolah di AS 'naik hantu' apabila Trump beri alasan isu Rusia

Agensi
Februari 19, 2018 08:27 MYT
Trump menuding ajri pada pihak FBI yang sibuk dengan siasatan kes campur tangan Rusia dalam politik AS. - Gambar fail
Reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam menjawab isu kelemahan kawalan keselamatan hingga sebuah sekolah di Florida menjadi medan pertumpahan darah akibat insiden tembakan rambang, mencetuskan kemarahan ramai.
Apabila mengulas tentang isu itu, Trump dengan pantas menuding jari kepada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan penggubal undang-undang yang sibuk dengan hal siasatan penglibatan Rusia dalam pilihan raya presiden.
Menurutnya, kesibukan tersebut membuatkan pihak pentadbiran AS 'terlepas pandang' tentang ancaman keselamatan di sekolah tersebut.
Hal itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat AS khususnya kumpulan pelajar sekolah yang marah dengan kegagalan pihak berkuasa membendung kes tembakan rambang yang kerap menyasarkan institusi pembelajaran.
Dalam tweet bersiri yang dihantar dari estet Mar-a-Lago di Florida, Trump berkata siasatan menunjukkan Rusia berjaya menyebabkan kacau ganggu di AS.
Trump juga menuduh bekas presiden, Barack Obama, gagal mengekang campur tangan Rusia sewaktu kempen pilihan raya presiden.
Kemudian dalam tweet pada Sabtu malam, Trump mengkritik FBI kerana terlepas pandang kes seorang remaja, Nikolas Cruz, 19, yang didakwa membunuh 17 orang di Sekolah Marjory Stoneman Douglas di Parkland, di pingggir bandar Fort Lauderdale.
"Sangat meenyedihkan apabila FBI terlepas pandang sebarang petanda mengenai penembak di Florida tersebut.
“Mereka (FBI) banyak habiskan masa cuba membuktikan campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya," ujarnya.
Trump bagaimanapun gagal menunjukkan kaitan antara ketidakcepakan FBI menangani kes tembakan Florida dengan ‘kesibukan’ menyiasat penglibatan Rusia dalam mempengaruhi politik AS.
Pelajar mengamuk
BACA: Ini AR-15, raifal dalam serangan kejam ragut 17 nyawa di Florida
BACA: Kes tembakan Florida: 'Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?'
BACA: Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah
Rakyat setempat dan para pelajar Sekolah Marjory Stoneman Douglas, lebih-lebih lagi yang rapat dengan mangsa korban tembakan, berang dengan kenyataan Trump yang disifatkan tidak berhati perut
"Oh Tuhan.. 17 rakan sekolah saya sudah mati, dan anda tergamak mengaitkannya dengan Rusia? Kamu tak berhati perut!” luah Morgan Williams, 16, menerusi akaun Twitter.
Beberapa penggubal undang-undang, termasuk yang berada dalam barisan Republikan, juga tidak dapat menerima tindakan Trump yang cuba mengalihkan perhatian kepada isu Rusia.
"Betapa ramai petugas FBI yang melakukan segalanya demi meastikan kita semua selamat. Realitinya ialah, apa yang dikatakan Trump itu dua isu berbeza,” ujar Senator Republikan, Tim Scott dalam sebuah program televisyen.
Bekas Timbalan Peguam Negara Sally Yates juga mengulas tentang perkara itumenerusi Twitternya: "Presiden kita menggunakan tragedi ini untuk mengkritik siasatan tentang campur tangan pihak luar dalam sistem demokrasi kita. Memalukan!”
BACA: 18 insiden tembakan di pusat pendidikan Amerika Syarikat pada 2018
BACA: 'Kecewa dengan golongan dewasa', pelajar sekolah AS rancang demonstrasi
#Donald Trump #FBI #isu rusia #kawalan keselamatan #kes tembakan #keselamatan negara #pelajar Amerika #pelajar maut #pilihan raya