SINGAPURA: Singapura akan melaksanakan pemberian vaksin bivalen Moderna/Spikevax, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan republik itu pada 14 Okt 2022, tiga hari lebih awal berbanding jadual asal.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), pelancaran lebih awal itu dilakukan selepas pasukan operasi berjaya menyelesaikan persediaannya dengan lebih cepat dan "ada manfaat memberikan suntikan lebih awal memandangkan jangkitan semakin meningkat disebabkan subvarian XBB Omicron."
"Vaksin Moderna/Spikevax bivalen berasaskan vaksin asal yang sama dengan dos penggalak yang sama. Daripada hanya menyasarkan virus COVID-19 asal, versi yang dikemas kini ini juga menyasarkan varian Omicron.
"Oleh itu ia menawarkan perlindungan lebih baik menentang varian baharu COVID-19. Ia terbukti selamat dan berkesan," menurut kementerian itu dalam kenyataannya pada Selasa.
Pada 7 Okt, Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian bagi COVID-19 republik itu mengumumkan formulasi asal vaksin Moderna/Spikevax akan digantikan dengan versi bilavalent terbaharu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Pada 7 Okt, Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian bagi COVID-19 Singapura mengumumkan formulasi asal vaksin Moderna/Spikevax akan digantikan dengan versi bilavalent terbaharu. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pelaksanaan vaksinasi Moderna Bivalent/Spikevax lebih awal di Singapura
"Ada manfaat memberikan suntikan lebih awal memandangkan jangkitan semakin meningkat disebabkan subvarian XBB Omicron."