awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2018
23:02 MYT
Pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa
Ribuan pelampau Yahudi itu mencemari kesucian al-Aqsa, pada 13 Mei 2018. - Foto Sinar Harian
Lebih seribu pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, semalam di tengah-tengah tindakan kekerasan yang semakin meningkat dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
Agensi berita Safa melaporkan kira-kira 1,042 individu bersama puluhan agen risikan menyerbu masuk ke kawasan terbabit melalui pintu al-Magharibah diiringi pasukan keselamatan Israel.
"Mereka sememangnya biadab melakukan tindakan provokasi seperti itu dan turut membaca ayat dalam kitab Talmud dengan kuat serta diberi penerangan tentang Haikal Sulaiman. Pengawal al-Aqsa, Muhammad al-Salhi ditahan selepas dia diserang ketika cuba menghalang kumpulan tersebut," menurut laporan itu lagi.
Difahamkan, kumpulan itu kemudiannya keluar melalui pintu al-Silsileh.
Hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan merasmikan pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis walaupun langkah kontroversi itu berdepan bantahan masyarakat antarabangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, Tel Aviv memberi lampu hijau ke atas projek kereta kabel yang menghubungkan Baitulmaqdis Barat dan Kota Lama.
Menurut Menteri Pelancongan Israel, Yariv Levin, projek itu kononnya akan mengubah wajah Baitulmaqdis dan memudahkan pelancong dan akses lebih selesa ke Tembok Barat.
Laluan sepanjang 1.4 kilometer menelan kos AS$56 juta (RM221 juta) itu dijangka beroperasi menjelang 2021.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#rejim
#Tel Aviv
#Yahudi
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan