awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris

Bernama
Bernama
03/12/2023
12:46 MYT
Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam. - Foto REUTERS
LONDON: Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
France 24 melaporkan, suspek menikam mangsa dengan sebilah pisau hingga maut dan mencederakan dua mangsa lain dengan tukul besi sebelum ditahan polis.
Menurut laporan itu, penyerang merupakan seorang lelaki Perancis berusia 25 tahun yang pernah dipenjarakan kerana merancang serangan.Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Perdana Menteri Elisabeth Borne berkata di X: "Kami tidak akan menyerah kepada keganasan.
"Pejabat pendakwa antikeganasan mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong Jerman
#ditikam
#serangan
#Menara Eiffel
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan