awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh kecam India susulan ucapan awam pertama bekas PM Hasina
Pintu Rafah dibuka selepas operasi cari mayat tebusan terakhir selesai - Israel
EPL: Cunha berdepan siasatan FA susulan sambutan gol kontroversi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong terlebih dos dadah seks nekad bogel, baling najis sendiri di lapangan terbang

Agensi
Agensi
07/01/2018
22:53 MYT
Pelancong terlebih dos dadah seks nekad bogel, baling najis sendiri di lapangan terbang
Pelancong warga Amerika yang bertindak keterlaluan dengan berkeliaran dalam keadaan telanjang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand - Gambar mirror.co.uk
Terlebih dos Viagra, berbogel dan baling najis. Namun tindakan melampau pelancong warga Amerika itu tidak lama selepas dia kemudiannya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.
Steve Cho selepas dipercayai mengambil dos Viagra telah bertindak berkeliaran dalam lapangan terbang berkenaan dalam keadaan bogel. Bukan itu sahaja, disebabkan kesan pil perangsang seks terbabit, dia memusnahkan harta dan menjerit tanpa kawalan sebelum mula membaling najisnya kepada pekerja dan orang ramai.
Akibat perbuatannya itu, Cho, 27 tahun dan berasal dari New York, dikawal oleh enam pengawal kesleamatan dan petugas lapangan terbang sebelum ditahan polis pada 11.30 malam pada Khamis.
Salah seorang saksi, Wannee Ming, 28 tahun berkata, "Kelakuannya sangat menakutkan dan menjijikan. Saya akan menjauhkan diri daripada lelaki ini jika dia menyerang.
"Petugas lapangan terbang cuba menenangkannya. Mereka cuba bercakap dengannya tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Petugas terbabit sudah melakukan yang terbaik untuk mengawalnya."
Menurut Mirror Online, Steve dilaporkan memberitahu polis telah "mengambil terlalu banyak dadah seks", meminta maaf dan bersetuju membayar ganti rugi jika terdapat sebarang kemusnahan akibat tindakannya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dalam satu kenyataan pula berkata, "Lelaki itu ditahan bagi tujuan mengawal situasi selain mengelakkan penumpang lain daripada terancam."
Steve dibawa ke stesen polis tempatan sebelum dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihataan dan penilaian psikiatri.
Topic Berkaitan
#bogel
#Dadah
#lapangan terbang
#Najis
#New York
#pelancong
#Phuket
#seks
#Steve Cho
#Thailand
#Viagra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan