awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan antarabangsa capai 63 peratus paras sebelum virus pada 2022

Bernama
Bernama
18/01/2023
21:30 MYT
Pelancongan antarabangsa capai 63 peratus paras sebelum virus pada 2022
Permintaan perjalanan yang kukuh dari Amerika Syarikat dengan sokongan dolar AS yang kukuh dijangka akan terus meningkatkan aliran perjalanan ke Eropah. - Gambar fail/ FB Heathrow Airport
ANKARA: Pelancongan antarabangsa pada 2022 mencapai 63 peratus daripada tahap sebelum virus, walaupun angkanya meningkat dua kali ganda berbanding setahun lalu, menurut agensi pelancongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sejumlah 917 juta pelancong mengembara di seluruh dunia tahun lepas, meningkat 101.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) pada Selasa.
Agensi Anadolu melaporkan semua wilayah mencatatkan peningkatan angka pelancong antarabangsa, dengan Asia Barat menikmati peningkatan terbesar, mencapai 83 peratus berbanding tahap praCOVID.
Ketibaan pelancong ke rantau itu melonjak 144.4 peratus tahun ke tahun pada 2022 hasil penganjuran acara seperti Ekspo 2020 di Dubai dan Piala Dunia FIFA di Qatar, serta ziarah Haji di Arab Saudi.
Dengan 585 juta ketibaan pelancong pada 2022, Eropah mencapai 80 peratus daripada tahap sebelum COVID.
Bilangan pelawat ke Afrika dan Amerika pulih hampir 65 peratus manakala Asia dan Pasifik hanya memperoleh 23 peratus disebabkan sekatan pergerakan berkaitan COVID.
Ketibaan pelancong antarabangsa diunjurkan mencapai 80 peratus hingga 95 peratus paras pra Covid tahun ini, dengan Eropah dan Asia Barat dijangka mencapai tahap itu.
Walaupun UNWTO menjangkakan penarikan sekatan COVID-19 oleh China akan memberi manfaat kepada destinasi Asia, khususnya dalam jangka pendek namun bergantung pada ketersediaan dan kos perjalanan udara, peraturan visa dan sekatan berkaitan COVID di destinasi berkenaan.
Pada pertengahan Januari, 32 negara kebanyakannya di Asia dan Eropah mengenakan sekatan perjalanan khususnya membabitkan perjalanan dari China.
Permintaan perjalanan yang kukuh dari Amerika Syarikat (AS) dengan sokongan dolar AS yang kukuh dijangka akan terus meningkatkan aliran perjalanan ke Eropah.
--BERNAMA
,, , Afrika, Ameika, Asia/p
Topic Berkaitan
#pravirus
#pelancongan antarabangsa
#eropah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan