awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian Afghanistan ke UK masih tiada penempatan

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2021
23:44 MYT
Pelarian Afghanistan ke UK masih tiada penempatan
Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel dilihat menemu bual seorang wanita pelarian Afghanistan di Lapangan Terbang Heathrow. - Foto Dominic Lipinski/Pool via AP
COVENTRY: Pelarian Afghanistan di United Kingdom berdepan ketidakpastian di mana mereka akan tinggal setelah dihantar ke negara itu.
Pekerja amal dengan Pusat Komuniti dan Kebajikan Afghanistan, Fahim Zazai memberitahu, beberapa warga Afghanistan masih berada di hotel walaupun tempoh kuarantin wajib COVID-19 sudah berakhir.
"Banyak yang tidak pasti dengan masalah perumahan dan ke mana mereka akan tuju selepas ini. Bagaimana persekolahan dan sokongan kepada anak-anak yang memerlukan," katanya.
Kebanyakan mereka yang melarikan diri dari Afghanistan adalah yang bekerja dengan British.
Mereka ketika ini bergantung hidup dengan sumbangan selepas meninggalkan harta benda di Afghanistan.
Pihak berkuasa UK mengatakan bahawa lebih daripada 100 majlis tempatan telah bersetuju untuk menempatkan warga Afghanistan.
Bagaimanapun ketika ini, dikhuatiri lebih ramai yang terpaksa tinggal di hotel selama-lamanya sekiranya tiada penempatan yang cukup disediakan.
Setakat ini, bandar coventry telah berjanji untuk menempatkan 150 orang warga Afghanistan.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Afghanistan
#United Kingdom
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan