awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit
Pengecualian cukai jualan input pertanian ‘durian runtuh’ kepada sektor pertanian - KPKM
MAIPs salur RM2.7 juta bantuan zakat menerusi 91 kayuhan sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina

Seth Akmal
Seth Akmal
05/01/2026
10:00 MYT
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Azalina bercakap kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA : Rang Undang-Undang (RUU) mengenai had tempoh jawatan yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen tahun ini hanya terpakai bagi jawatan Perdana Menteri, dan tidak melibatkan Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian terperinci yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
“Sepuluh tahun atau dua penggal kepada sesiapa yang menjadi Perdana Menteri… saya melihat ini sangat penting tapi memang tidak melibatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di BHEUU di sini hari ini.
Pada masa sama, Azalina berkata RUU itu juga melibatkan pindaan Perlembagaan serta RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Menurutnya lagi, beliau harus bertemu ketua-ketua parti politik bagi mendapatkan sokongan lebih dua pertiga untuk memastikan pindaan itu diluluskan di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan akan membentangkan RUU Kebebasan Maklumat (FOI) dan Ombudsman sebagai langkah perlaksanaan reformasi institusi.
Menurut Azalina, kedua-duanya tidak melibatkan pindaan Perlembagaan, sebaliknya hanya memerlukan kelulusan majoriti mudah di Parlimen seperti RUU lain.
“Kedua-duanya bukan pindaan Perlembagaan, sebaliknya hanya lulusan simple majority di Parlimen,” katanya.
Ditanya mengenai maklum balas RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Azalina turut bersedia menerima pandangan sama ada daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan gerakan sivil (CSO).
Tambahnya Kerajaan MADANI bersifat terbuka untuk menerima pelbagai pendapat, kritikan dan cadangan.
“Dalam bulan ini kita (BHEUU) boleh adakan satu konvensyen… mungkin kita jemput NGO, CSO dan pemegang taruh… saya sangat terbuka kepada mana-mana pandangan,” katanya.

Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Ketua Menteri
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#had tempoh jawatan Perdana Menteri
#Menteri Besar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan