VIENTIANE: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya bukanlah isu yang melibatkan negara Myanmar semata-mata, malah ia merupakan satu isu dominan untuk ASEAN.
Ini kerana susulan konflik yang berlaku di negara itu, warga Rohingya terpaksa melarikan diri dan mencari lokasi lain untuk meneruskan kehidupan termasuk di Malaysia.
“Isu pelarian Rohingya tadi telah saya perkatakan kerana isu di Myanmar ini tidak boleh lagi kita mengatakan bahawa kita punya charter dalam Asia Tenggara dalam Asean ini kita tidak mencampuri hal domestik atau hal dalam negara mana-mana negara.
“Tetapi nampaknya isu di Myanmar ini tidak lagi merupakan isu dalaman mereka sahaja tetapi telah berikan banyak kesan, kesan yang berat dan besar kepada negara jiran.
“Khususnya Malaysia, kerana Malaysia telah terjejas dengan masalah yang wujud di Myanmar dengan orang-orang Rohingya lari daripada negara mereka kerana ditindas, dibunuh kerana kampung mereka dibakar mereka lari dan mereka telah datang ke Malaysia,” katanya.
Selain itu, Mohamad berkata adalah penting bagi badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan dalam menangani isu ini.
Tambahnya, gesaan itu mendapat perhatian pihak PBB apabila mereka telah menamakan seorang Suruhanjaya United Nations ke Myanmar iaitu, Julie Bishop pada April lalu.
Justeru, beliau berharap dengan pelantikan tersebut, isu-isu yang melatari Myanmar dan pelarian Rohingya akan dapat diselesaikan.
“Masalahnya ketika ini, PBB terlalu perlahan dalam menjalankan tugas mereka menempatkan pelarian ini ke negara ketiga.
“Jadi Malaysia amat terkesan dengan masalah dalaman yang berlaku di Myanmar malah ASEAN juga terjejas.
“Untuk itu, kita akan pastikan akan dapat sokongan seluruh anggota negara ASEAN dan minta PBB untuk menyelesaikan isu yang berbangkit di sana,” tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jul 24 2024
Mohamad berkata adalah penting bagi badan dunia seperti PBB memainkan peranan dalam menangani isu ini. - Foto Syaff Syukri/Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.