Rakyat Malaysia yang melawat Australia perlu berwaspada berikutan Sydney kini dibanjiri mata wang palsu bermutu tinggi yang sukar dikesan oleh bank.

Sejak dua bulan lepas, kumpulan penjenayah terancang mengakibatkan kebanjiran matawang palsu kebanyakannya terdiri daripada wang kertas 50 dan 100 dolar Australia.

Matawang palsu ini kebanyakkanya digunakan di restoran, bar dan premis makanan segera terutama di Barat Sydney.

Menurut pihak berkuasa Sydney, penjenayah berjaya menghasilkan matawang palsu ini dengan kualiti yang tinggi termasuk menyalutkannya dengan resin plastik supaya sama dengan wang kertas tulen.

Malah kesukaran mengesan matawang palsu ini mengakibatkan pihak bank sendiri turut mengedarkannya.

Meskipun kerajaan Australia memberi jaminan bahawa sindiket itu tidak membimbangkan namun penjenayah terbabit telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang terlibat secara basar-besaran pada peringkat antarabangsa.

Semua wang kertas palsu yang dikesan diserahkan kepada reserve bank dan polis persekutuan Australia untuk siasatan.