awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayan tergelincir, budak cedera tersimbah sup panas

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/09/2017
05:54 MYT
Pelayan tergelincir, budak cedera tersimbah sup panas
Periuk yang dibawa pelayan itu terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas tersimbah pada tubuh kanak-kanak kecil tersebut. -YouTube
“Geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau.”
Begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan nasib sebuah keluarga dengan seorang anak kecil yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Yangzhou City di China.
Dalam satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, budak lelaki itu kelihatan leka bermain telefon bimbit apabila tiba-tiba tersimbah sup panas yang dibawa seorang pelayan restoran.
YouTube Star News
Pelayan restoran yang pada ketika itu sedang membawa satu periuk sup panas tiba-tiba tergelincir dipercayai akibat lantai yang licin.
Malangnya, periuk yang dibawa itu pula terjatuh di atas meja menyebabkan sup panas itu tersimbah pada tubuh anak kecil tersebut.
Wanita dipercayai ibu kepada mangsa yang duduk bersebelahan dengan segera mendukung kanak-kanak malang itu.
Menurut Metro.co.uk, media tempatan melaporkan bahawa keluarga tersebut menyalahkan restoran itu kerana tidak membersihkan minyak di lantai yang dipercayai telah menyebabkan pelayan itu tergelincir.
Keluarga tersebut juga berkata bahawa periuk besar berisi sup panas tersebut patut dihantar menggunakan troli dan bukannya dengan tangan.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keluarga tersebut mendakwa pelayan ataupun restoran itu.
Tahap kecederaan budak lelaki itu juga tidak diketahui.
Topic Berkaitan
#buddy lelaki
#CCTV
#cedera
#China
#disimbah
#media sosial
#Panas
#rakaman
#sup
#tergelincir
#Yangzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan