SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi telah mengakhiri lawatan penuh kontroversi ke Taiwan yang mengundang amaran keras daripada Beijing.
Pelosi, diiringi lima ahli kongres AS, menaiki pesawat Tentera Udara AS ke Korea Selatan pada lewat petang Rabu untuk destinasi keempat jelajah Asianya, lapor South China Morning Post.
Sebelum meninggalkan pulau itu, Pelosi sempat menulis di Twitternya: "Jangan silap: Amerika tetap tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami kepada rakyat Taiwan - sekarang dan untuk beberapa dekad akan datang."
Tidak mempedulikan amaran China, Pelosi dilihat mengadakan pertemuan berprofil tinggi dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, Timbalan Speaker Badan Perundangan, Tsai Chi-chang, Naib Presiden, William Lai dan pegawai kanan lain.
Semasa lawatan di Taipei, beliau juga sempat mengadakan perbincangan dengan pembekal cip elektronik terkemuka dan peguam hak asasi manusia.
Selain itu, Pelosi urut menghadiri mesyuarat tertutup anjuran Institut Amerika dan pejabat perwakilan AS di Taiwan bersama beberapa aktivis prodemokrasi di Taman Budaya Jing-Mei dan Memorial Hak Asasi Manusia.
BACA: Lawatan Pelosi: China tambah senarai sekatan terhadap Taiwan
Lebih daripada 100 pegawai polis dilaporkan berada di taman itu untuk menghalang penunjuk perasaan daripada masuk.
Berpuluh-puluh penyokong propenyatuan, memegang sepanduk dan kain rentang, membantah lawatan Pelosi dan mengatakan ia menjejaskan keamanan dan kestabilan di pulau tersebut.
BACA: Pelosi ke Taiwan: Tiada sebab untuk China tingkatkan ketegangan - AS
Bercakap kepada media sebelum itu, Pelosi berkata Beijing tidak boleh menghalang lawatan anggota badan perundangan AS yang lain ke Taiwan.
“Dan saya hanya berharap bahawa ia benar-benar jelas bahawa walaupun China telah menghalang penyertaan Taiwan untuk pergi ke mesyuarat tertentu, mereka perlu faham bahawa mereka tidak boleh menghalang orang yang datang ke Taiwan," katanya.
Ditanya sama ada Kongres AS akan mempertimbangkan untuk menjemput Presiden Taiwan Tsai Ing-wen untuk berucap di Capitol Hill, Pelosi berkata setakat ini tiada sesi berkenaan kerana COVID-19 tetapi beliau berharap peluang itu akan tiba kelak.
Pelosi juga berkata AS menyokong status quo Taiwan dan berkata: "Kami tidak mahu apa-apa berlaku kepada Taiwan secara paksa".
“Kita perlu menunjukkan kepada dunia … kejayaan rakyat Taiwan, keberanian mereka untuk mengubah negara mereka sendiri menjadi lebih demokratik, menghormati orang ramai dan … terus terang menjadi model di rantau ini dalam hal itu,” katanya dalam sidang media itu.
Agensi
Wed Aug 03 2022
Pelosi mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen. - Gambar/ Reuters
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.