awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluncur berdepan hukuman sebat, penjara selepas mengamuk dalam keadaan bogel

Agensi
Agensi
07/05/2023
03:50 MYT
Peluncur berdepan hukuman sebat, penjara selepas mengamuk dalam keadaan bogel
Bodhi Mani Risby-Jones ditahan selepas didakwa menyerang dan mencederakan seorang nelayan tempatan ketika dalam keadaan mabuk. - Foto Twitter/Andreas Harsono
SEORANG lelaki warganegara Australia ditahan di kawasan konservatif di Indonesia selepas didakwa mengamuk dan bertindak ganas.
Menurut laporan antarabangsa, suspek berdepan kemungkinan hukuman dipenjara dan sebatan.
Suspek, Bodhi Mani Risby-Jones, 23, dari Noosa di selatan Queensland, ditahan selepas didakwa menyerang dan mencederakan seorang nelayan tempatan ketika dalam keadaan mabuk.
Suspek dilihat berbaju penjara oren dan digari ketika hadir pada sesi perbicaraan di mana dia hanya menundukkan kepala ketika tuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku ketika dia menetap di sebuah resort tempatan di Pulau Simeulue pada 27 April lalu.
Suspek dilaporkan mengamuk dan bertindak ganas terhadap pengawal resort sebelum mengejar dan menyerang penduduk kampung berhampiran.
Menurut orang ramai yang hadir di tempat kejadian, suspek keluar dari biliknya dalam keadaan berbogel, menjerit dan menyebabkan kekecohan.
Insiden tersebut menyebabkan seorang nelayan tempatan terjatuh dari motosikalnya dan mengalami kecederaan kaki yang serius sehingga memerlukan 50 jahitan.
Suspek dijatuhkan hukuman mengikut Perkara 351 (1) (2) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.
Polis turut memaklumkan suspek akan didakwa kerana meminum alkohol, yang dilarang di Aceh dan boleh dihukum berdasarkan undang-undang.
Untuk rekod, Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah secara rasmi, dikuatkuasakan oleh pegawai polis agama yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah, dan mengharamkan homoseksual, perzinaan, arak dan perjudian.
Topic Berkaitan
#peluncur
#mabuk
#bertindak ganas
#Bodhi Mani Risby-Jones
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan