awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu dari Yaman jatuh di tengah Israel

Agensi
Agensi
15/09/2024
08:42 MYT
Peluru berpandu dari Yaman jatuh di tengah Israel
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad. - Reuters
TEL AVIV: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad.
Perkara ini dimaklumkan tentera Israel memaklumkan tiada sebarang dilaporkan.
Dalam pada itu, penduduk dan anggota bomba bertungkus-lumus untuk mengawal api yang marak berhampiran komuniti Kfar Daniel di tengah Israel.
Pejuang Houthi Yaman yang disokong Iran melancarkan serangan terhadap Israel sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin ketika konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.
Sejak November, Houthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron tetap terhadap apa yang mereka dakwa sebagai perkapalan berkaitan Israel di Teluk Aden dan Laut Merah, laluan air yang penting untuk perdagangan global.
Julai lalu, mereka melakukan serangan dron ke atas Tel Aviv yang membunuh seorang orang awam Israel.
Pesawat perang Israel mengebom pelabuhan Hodeida di Yaman, yang dikawal Houthi, sebagai tindak balas, memusnahkan banyak kapasiti simpanan bahan api kemudahan itu dan membunuh beberapa orang.
Kenyataan Houthi bulan lalu menegaskan sekali lagi bahawa tindak balas Yaman pasti akan tiba.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#Yaman
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan