awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh

Agensi
Agensi
15/09/2022
08:38 MYT
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh
Pemuzik jalanan di sekitar kota London dilarang bermain muzik sehingga selepas selesai pengebumian Ratu Elizabeth II. - Gambar hiasan
LONDON: Pemuzik jalanan di sekitar kota London kini bergelut untuk memenuhi keperluan harian selepas dilarang bermain muzik sehingga selepas selesai pengebumian Ratu Elizabeth II.
Terowong 'underground' di London juga akan ditutup sehingga 19 September dan pemuzik dilarang membuat persembahan selama 10 hari.
Semua bentuk hiburan termasuk kelab malam dan perlawanan bola sepak utama telah dibatalkan semasa negara itu berkabung.
Namun dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemuzik yang baru pulih daripada kesan lockdown semasa COVID-19, bimbang mereka akan kehilangan lebih banyak pendapatan.
David Fisher, pengarah bersama Keep Streets Live iaitu sebuah kumpulan yang melindungi hak penggunaan ruang awam untuk penghibur jalanan, bimbang larangan itu menjadikan situasi bertambah buruk.
"Walaupun kami faham bahawa ramai orang akan mahu berkabung dan memberi penghormatan, ini tidak sepatutnya menghalang pemuzik jalanan daripada melakukan kerja mereka.
"Sukar untuk mempercayai bahawa Keluarga Diraja yang telah menyokong pelbagai jenis badan amal yang memfokuskan seni selama ini, meluluskan larangan tersebut," katanya.
Setakat ini, hampir 40 lokasi yang merangkumi 25 stesen Metro, ditutup sehingga 19 September, iaitu hari pemakaman Ratu Elizabeth II.
Topic Berkaitan
#Pemuzik jalanan
#London
#pemakaman Ratu Elizabeth II
#Ratu Elizabeth II meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan