Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat membuat ramalan yang membimbangkan apabila menjangkakan kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan peningkatan ketara fenomena kilat.
Ramalan itu disampaikan melalui satu penerbitan kajian jurnal Sains yang berprestij.
“Walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja, impak kepada iklim adalah sangat besar, dalam kes ini, peningkatan pembentukan kilat sebanyak 50 peratus,” kata David Romps, penulis kajian itu yang juga seorang pengkaji cuaca di Universiti California, Berkeley.
Romps menjelaskan bahawa terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kilat, iaitu jumlah air atau hujan dan ketidakstabilan atmosfera.
"Untuk membentuk kilat dalam situasi ribut petir, anda memerlukan air dalam tiga bentuk - gas, cecair, pepejal - dan anda memerlukan awan yang meruap dengan cepat supaya kesemua air yang terkandung di dalam atmosfera 'tergantung' untuk menghasilkan cas yang berbeza,” kata Romps.
Jadi para penyelidik hanya memeriksa bagaimana kedua-dua parameter – lebih dikenali sebagai CAPE, hujan dan ketidakstabilan, perubahan dalam senario iklim, dan bagaimana ia memberi kesan kepada pembentukan kilat.
Kesimpulannya, walaupun hujan boleh meningkat di beberapa kawasan akibat pemanasan global, CAPE juga akan meningkat dan ia merupakan punca utama jumlah kilat turut meningkat, kata Romps.
Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada 77 peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.
Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena kilat.
Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak 50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan.
Kilat sering terbentuk sewaktu ribut petir yang buruk, yang juga bergantung kepada CAPE dan juga boleh menjadi lebih biasa kerana persekitaran ribut yang lebih baik kerana pemanasan global.
Kilat juga berulang kerana beberapa sebab.
Walaupun kilat tidak menyebabkan sejumlah besar kematian manusia secara langsung - di antara 23 dan 48 orang maut disebabkan kilat setiap tahun di Amerika Syarikat dan kilat merupakan salah satu punca utama kebakaran hutan yang mengundang bahaya.
"Kilat bertanggungjawab untuk separuh daripada kebakaran hutan di Amerika Syarikat, dan ia adalah jenis yang paling sukar untuk dilawan, kerana kilat boleh menyambar di tempat yang jauh dari balai bomba," kata Romps.
Chris Mooney
Sat Nov 15 2014
Satu pasukan penyelidik telah menyampaikan ramalan yang membimbangkan iaitu pemanasan global akan melihat peningkatan besar fenomena kilat.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kilat di Bihar India, 22 maut
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat petir melanda negeri Bihar timur India.
Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir - JPBN Sabah
Jauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir.
Seorang maut, 125 cedera kebakaran fasiliti penyimpan minyak
Setakat ini anggota bomba menghadapi cabaran susulan api merebak ke tangki ketiga dalam kebakaran besar itu.
Fenomena kilat 'bercabang dari tanah ke awan', ini penjelasan pakar cuaca
Kilat sememangnya fenomena biasa namun ia boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, apatah lagi dalam situasi yang unik ini.
Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.
142 lokasi di Selangor dijangka berlaku banjir lebih kerap
Banjir dan banjir kilat dijangka berlaku lebih kerap di 142 kawasan di Selangor berikutan fenomena Monsun Timur Laut bermula bulan ini sehingga penghujung Mac depan.
DBKL siasat kemungkinan projek pembangunan punca banjir kilat
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kertas siasatan terhadap projek pembangunan sekitar yang didakwa menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan.
KL dilanda banjir kilat akibat hujan lebat
Hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota mengalami banjir kilat.
Empat ekor gajah ditemui mati disambar kilat
Empat ekor gajah, termasuk dua ekor anaknya, telah terbunuh kerana dipanah kilat di utara Sri Lanka.
Kerajaan pantau banjir di Perlis dan Kedah - Najib
Kerajaan memantau keadaan banjir di Perlis dan Kedah, serta menghulurkan bantuan serta-merta kepada mereka yang terjejas di kedua-dua negeri itu.