awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan undian penggulingan Dilma Rousseff cetus kontroversi

Agensi
Agensi
10/05/2016
01:40 MYT
Pemansuhan undian penggulingan Dilma Rousseff cetus kontroversi
Pada 18 april lalu, Dewan Rakyat Brazil meluluskan undian pemecatan Presiden Dilma Rousseff selepas mencapai keputusan undian dua per tiga majoriti. - Foto AFP / EVARISTO SA
Proses pemecatan Presiden Brazil, Dilma Rousseff bertambah hura-hara apabila pemangku Speaker Kongres Dewan Rakyat bertindak memansuhkan undian untuk menggulingkan Presiden Wanita Pertama Brazil itu pada Isnin.
Tindakan Waldir Maranhao yang mengejutkan itu mencetuskan pelbagai persoalan yang membabitkan kesahihan tindakannya itu dari segi undang-undang serta implikasi pemansuhan itu.
Perkembangan terbaru itu dilihat akan mengundang perbicaraan yang hanya boleh diselesaikan di Mahkamah Agung Brazil.
Keputusan itu dilakukan dua hari sebelum Dewan Senat membuat keputusan sama ada untuk menggantungkan Rousseff dan melakukan proses perbicaraan terhadapnya, serta menggantikannya dengan Timbalan Presiden, Michael Temer.
"Keputusan kami berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan protokol kami. Saya menyedari kerumitan keadaan sekarang ini, yang mendesak kita untuk menyelamatkan demokrasi menerusi pendebatan," katanya dalam satu sidang media di sini.
Sementara itu Rousseff berkata, beliau akan berjuang dengan kuasa demokrasi dan perundangan untuk menghentikan usaha penggulingan tersebut.
Pada 18 April lalu, Dewan Rakyat Brazil meluluskan undian pemecatan Rousseff selepas mencapai keputusan dua per tiga majoriti.
Usul undian Dewan Rakyat ini akan dibawa ke Dewan Senat bagi membolehkan kes itu dibahaskan secara terbuka.
Undian dua per tiga majoriti Dewan Senat akan memutuskan Dilma Rousseff dipecat daripada jawatannya.
Topic Berkaitan
#Brasilia
#Dilma Rousseff
#Michael Temer
#Waldir Maranhao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan