awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis lulus larangan media sosial bagi bawah 15 tahun
Schumacher tidak lagi terlantar di katil
Kebakaran kilang biskut di Greece ragut empat nyawa, seorang masih hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang Maldives selar tindakan polis asing tahan peserta perhimpunan

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2020
01:24 MYT
Pembangkang Maldives selar tindakan polis asing tahan peserta perhimpunan
PPM dan PNC mengutuk keras tindakan polis asing menahan lebih 40 peserta himpunan damai bermotosikal anjuran Gerakan Pemuda Patriotik Maldives di Male, Maldives.
Progresive Party of Maldives (PPM) dan People’s National Congress (PNC) mengutuk keras tindakan polis asing menahan lebih 40 peserta himpunan damai bermotosikal anjuran Gerakan Pemuda Patriotik Maldives di Male, Maldives.
Sekumpulan golongan wanita turut ditahan.
Gabungan dua parti itu turut meminta Presiden, Ibrahim Mohamed Solih untuk segera membebaskan mereka yang tidak bersalah yang menggunakan hak perlembagaan mereka terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun.
"Ketua Polis yang juga ipar Presiden Solih, Mohamed Hameed yang memerintahkan tindakan keras perlu berasa malu.
"Dia harus meletakkan jawatan atau berdepan siasatan jenayah," katanya dalam kenyataan bersama itu.
Ujar kenyataan itu lagi, penggunaan kekerasan dan penangkapan besar-besaran pada perhimpunan aman itu oleh tentera asing di Maldives adalah insiden kedua yang berlaku di negara itu.
"Penganjur mengesahkan bahawa acara itu dilakukan dengan garisan panduan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Badan Perlindungan Kesihatan (HPA), termasuk memastikan penjarakan sosial dan penggunaan pelitup muka.
"Polis telah bertindak keras sebelum ini. Dengan berbuat demikian, mereka telah melanggar peraturan HPA tentang jarak sosial, menambah kemarahan masyarakat terhadap rasuah dan ketidakcekapan dalam usaha respons COVID-19 nasional," ujar kenyataan itu lagi.
Tambahnya, gesaan untuk memastikan Presiden Maldives juga semakin meningkat berikutan kegagalannya mengawal penyebaran COVID-19, kemerosotan ekonomi dan peningkatan pergantungan kepada India dalam mengekalkan kuasa.
Minggu lalu, Ketua Pasukan Pertahanan Chief of Defence, Abdulla Shamaal, nafi kehadiran pasukan keselamatan asing di Maldives.
Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab dakwaan bahawa tentera India akan tiba di Hanimaadhoo, Haa Dhaalu Atoll sebagai sokongan kepada pegawai tentera India sedia ada di negara itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#India
#jenayah
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#pemuda
#penjarakan sosial
#perhimpunan
#polis
#presiden
#Rasuah
#siasatan
#tentera
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan