Kesediaan kerajaan Syria untuk menghadiri sidang antarabangsa bagi menamatkan konflik negara Arab diragui pembangkang negara berkenaan.

Louay Safi berkata, pengumuman itu dibuat Kementerian Luar Rusia dan bukannya kerajaan Syria.

Menurutnya, ia sekali gus menimbulkan keraguan mengenai keikhlasan Presiden Bashar Assad untuk menyertai sidang berkenaan.

Louay berkata demikian ketika mesyuarat pembangkang Syria di Istanbul.

Mesyuarat berkenaan adalah bagi memutuskan sama ada SNC akan menyertai sidang anjuran Amerika Syarikat dan Rusia itu.

Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.