awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu rumah terima ganti rugi AS$103,500

APTN
APTN
23/12/2017
02:04 MYT
Pembantu rumah terima ganti rugi AS$103,500
Erwiana turut menggesa kerajaan Hong Kong mengambil tindakan melindungi pembantu rumah asing yang bekerja di wilayah itu.(foto: REUTERS/Bobby Yip)
Seorang pembantu rumah warga Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, menerima bayaran ganti rugi AS$103,500 selepas didera selama 8 bulan oleh majikannya pada tahun 2013.
Majikannya, ibu kepada dua orang anak, Law Wan-tung didapati bersalah oleh mahkamah menyerang dan mencederakan Erwiana.
Dia didenda dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.
Susulan daripada kes berkenaan, Erwiana turut menggesa kerajaan Hong Kong mengambil tindakan melindungi pembantu rumah asing yang bekerja di wilayah itu.
Kes ini mendapat perhatian ramai pihak apabila foto menunjukkan kecederaan yang dialami Erwiana tersebar di kalangan komuniti pembantu rumah Indonesia di Hong Kong.
Foto yang tersebar menunjukkan kecederaan di muka, tangan dan kaki yang dipenuhi kesan luka dan lebam.
Pada 2016 seorang pegawai bank Rurik George Caton Jutting didapati bersalah membunuh dua warga Indonesia yang didakwa bekerja sebagai pembantu rumah Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiasih di kediamannya di Wan Chai, Hong Kong.
Topic Berkaitan
#AS
#Hong Kong
#Indonesia
#kerajaan
#mahkamah
#pembantu rumah asing
#pembantu rumah indonesia
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan