DOHA: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh pada Khamis menafikan anak lelakinya yang terbunuh dalam serangan Israel adalah pejuang kumpulan itu.

Ketika ditanya sama ada pembunuhan anaknya akan menggangu perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata, beliau tegaskan, kepadanya kepentingan rakyat Palestin didahulukan berbanding perkara-perkara lain.

Ketika ditemui di Doha, Haniyeh memberitahu pihaknya masih lagi mencari perjanjian gencatan senjata tetapi Israel seolah-olah "masih berlengah-lengah dan mengelak" daripada memberi respon terhadap tuntutan itu.

Tentera Israel membunuh tiga anak lelaki Haniyeh minggu ini tanpa merujuk kepada komander tertinggi atau pemimpin politik.

Tindakan itu dilhat berisiko dan merumitkan usaha untuk membebaskan tebusan yang masih berada di Gaza.

Agensi berita Walla Israel melaporkan bahawa Netanyahu mahupun Menteri Pertahanan Yoav Gallant tidak diberitahu lebih awal mengenai serangan hari Rabu ke atas anak lelaki Haniyeh, yang diselaraskan oleh tentera Israel dan perkhidmatan perisikan Shin Bet.

Memetik pegawai kanan Israel, ia melaporkan bahawa Amir, Mohammad dan Hazem Haniyeh telah menjadi sasaran sebagai pejuang Hamas, dan bukan kerana mereka adalah anak kepada pemimpin politik Hamas.

Tentera Israel tidak mengulas mengenai laporan bahawa empat cucu Haniyeh turut terbunuh.