NEW DELHI: Sebanyak satu bilion dos vaksin COVID-19 sudah diberikan di India setakat ini.

Dalam data angka yang dikeluarkan kementerian kesihatan negara itu, perdana menterinya Narenda Modi berkata ia adalah hari yang bersejarah buat negara itu.

Sekitar 75 peratus populasi dewasa India sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 30 peratus pula sudah lengkap divaksinasi.

Kejayaan mencapai jumlah pemberian vaksin di India dengan mencecah 1 bilion itu adalah yang kedua, selepas China.

Dalam pada itu, India turut merekodkan perkembangan positif dalam kadar kes harian COVID-19.

Berbeza dengan sebelum ini apabila ratusan ribu penduduknya dijangkiti dengan virus pembunuh berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, India melaporkan 18,400 kes baharu.

Jumlah kematian keseluruhan pula adalah 450,000 kes.