awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta

Bernama
Bernama
19/03/2025
22:15 MYT
Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Carl Erik Rinsch, pembuat filem Hollywod. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Pembuat filem, Carl Erik Rinsch didakwa atas pertuduhan penipuan melalui komunikasi elektronik dan pengubahan wang haram berkaitan skim US$11 juta untuk menipu Netflix, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan media.
The New York Times melaporkan pada Selasa, pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.
Dia didakwa mengalihkan wang itu bagi pelaburan peribadi dan perbelanjaan mewah.
Menurut pertuduhan yang didedahkan pada Selasa, antara 2018 dan awal 2020, Rinsch didakwa memasukkan dana itu ke dalam akaun broker dan menggunakannya untuk berdagang sekuriti daripada menghasilkan rancangan yang dijanjikan.
Rinsch, yang ditahan di West Hollywood pada mulanya mencadangkan siri White Horse - kemudian dinamakan semula sebagai Conquest - kepada Netflix semasa ledakan penstriman.
Namun, platform itu menghentikan pembangunannya pada awal 2021, dengan alasan tingkah laku yang tidak menentu.
Rinsch kemudiannya menggunakan baki dana produksi untuk membiayai penginapan hotel mewah di California dan Sepanyol serta untuk membeli perabot mewah dan pelbagai kereta mewah, mendakwa ia adalah alat peraga untuk pertunjukan itu, menurut laporan itu.
Pada 2023, seorang penimbang tara membuat keputusan terhadap Rinsch, mengarahkannya membayar hampir US$12 juta sebagai ganti rugi dan yuran guaman kepada Netflix.
Netflix akhirnya menghapus kira US$55 juta yang dibelanjakan untuk projek yang gagal itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Netflix
#Carl Erik Rinsch
#pembuat filem Hollywood
#salah guna dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan