Pembunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Tetsuya Yamagami (depan) dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada 8 Julai 2022. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Seorang lelaki yang mengaku membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada 2022 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di Nara.
Ringkasan AI
- Tetsuya Yamagami dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam ucapan kempen pilihan raya di Nara.
- Pihak pendakwaan mengkategorikan tindakan Yamagami sebagai kes pembunuhan yang amat serius, melibatkan kemarahan terhadap Gereja Unifikasi dari Korea Selatan.
- Pembunuhan Shinzo Abe mengubah landskap politik Jepun dengan berlakunya tindakan tegas seperti pembubaran cawangan Gereja Unifikasi dan penarikan status pengecualian cukai.
Menurut pihak pendakwaan, perbuatan Yamagami diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan yang amat serius dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pascaperang Jepun.
Mahkamah bersetuju dengan tuntutan hukuman maksimum dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, selaras dengan peruntukan undang‑undang negara itu.
Siasatan mendapati Yamagami terdorong melakukan serangan akibat kemarahannya terhadap Gereja Unifikasi, sebuah organisasi kontroversi dari Korea Selatan.
Beliau mendakwa keluarganya menghadapi kesempitan kewangan selepas ibunya membuat sumbangan besar kepada kumpulan itu, dan mempercayai Abe mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut melalui sebuah rakaman video ucapan sokongan.
Pendedahan mengenai kaitan antara organisasi berkenaan dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) turut mencetuskan gelombang kemarahan rakyat Jepun.
Susulan itu, kerajaan mengambil langkah tegas termasuk pembubaran cawangan Gereja Unifikasi di Jepun dan penarikan status pengecualian cukai, di samping memperketatkan keselamatan tokoh politik.
Abe, 67, merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun walaupun pada masa kejadian beliau bukan lagi memegang jawatan tersebut.
Pembunuhannya mengubah landskap politik negara itu dan mewujudkan kekosongan kepimpinan yang terus mempengaruhi parti pemerintah hingga kini.
Walaupun pembelaan memohon hukuman tidak melebihi 20 tahun dengan alasan latar belakang keluarga serta tekanan psikologi yang dialami Yamagami, mahkamah menegaskan jenayah itu terlalu berat untuk diberi kelonggaran.
Ribuan rakyat Jepun turut dilapor menandatangani petisyen meminta hukuman diringankan, namun mahkamah mengambil pendirian tegas terhadap pembunuhan tokoh politik berprofil tinggi.
Dengan keputusan tersebut, Yamagami akan menjalani hukuman penjara seumur hidup, sementara Jepun terus memperkukuh langkah keselamatan dan pemantauan terhadap kegiatan kumpulan agama yang menjadi fokus dalam kes ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama Tetsuya Yamagami membunuh Shinzo Abe? A: Yamagami melakukan serangan kerana kemarahannya terhadap Gereja Unifikasi yang disokong oleh Shinzo Abe melalui sumbangan besar keluarganya.
- Q: Apakah langkah tegas yang diambil kerajaan Jepun susulan pembunuhan Shinzo Abe? A: Langkah tegas termasuk pembubaran cawangan Gereja Unifikasi di Jepun, penarikan status pengecualian cukai, serta pemantauan keselamatan terhadap tokoh politik.
- Q: Bagaimanakah pembunuhan Shinzo Abe mempengaruhi politik Jepun? A: Pembunuhan itu mencetuskan kekosongan kepimpinan dalam parti pemerintah, mengubah landskap politik negara, dan memperkukuh langkah keselamatan negara terhadap kumpulan agama yang kontroversi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

