awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Jurulatih bola sepak warga Afghanistan maut di kem latihan Bayern Munich di Jerman
DUNIA
Tujuh hilang selepas letupan besar di gudang mercun California
BISNES
Arab Saudi, Indonesia meterai perjanjian bernilai AS$27 bilion, fokus tenaga bersih dan petrokimia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh

Bernama
Bernama
07/08/2024
01:50 MYT
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh
Muhammad Yunus ketika ditemu bual media di pejabatnya di Dhaka, Bangladesh, 4 Jun 2024. - Gambar fail/REUTERS
DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh Muhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihan negara itu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan rasmi pada petang Selasa.
Keputusan yang disahkan oleh setiausaha akhbar presiden Joynal Abedin dicapai dalam satu mesyuarat yang melibatkan Presiden Mohammad Shahabuddin, ketua angkatan tentera dan pemimpin Gerakan Pelajar Antidiskriminasi Bangladesh.
Pada petang Selasa, 13 penyelaras gerakan itu melawat kediaman rasmi presiden untuk membincangkan situasi dan rangka kerja kerajaan sementara dengan Shahabuddin.
Kemudian, ketua angkatan tentera darat, laut dan udara turut serta.
Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.
Sheikh Hasina meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan melarikan diri ke negara jiran, India pada Isnin. Kabinet dibubarkan sejurus selepas itu.
Berikutan peletakan jawatan perdana menteri, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara.
Pada Selasa, Shahabuddin turut membubarkan parlimen negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Muhammad Yunus
#Sheikh Hasina letak jawatan
#kerajaan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami