awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Bangladesh dibubarkan, buka ruang pembentukan kerajaan sementara

Agensi
Agensi
06/08/2024
12:18 MYT
Parlimen Bangladesh dibubarkan, buka ruang pembentukan kerajaan sementara
Wakil pelajar turut mengutuk sekeras-kerasnya keganasan, rompakan dan pembakaran yang berlaku dalam protes tersebut. - Reuters
DHAKA: Parlimen Bangladesh dibubarkan pada Selasa, 6 Ogos 2024, menurut satu kenyataan dari pejabat Presiden, Mohammed Shahabuddin.
Menurut kenyataan itu, pembubaran itu membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri dari negara itu.
Kenyataan pejabat presiden itu dibuat selepas penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar mengancam akan melakukan lebih banyak demonstrasi jika Parlimen tidak dibubarkan.
Keputusan itu diambil berikutan pertemuan dengan ketua-ketua pasukan pertahanan, pemimpin parti politik, pemimpin pelajar dan beberapa wakil masyarakat sivil, menurut kenyataan tersebut.
Hampir 300 orang terbunuh dalam beberapa minggu keganasan di seluruh negara itu yang bermula bulan lalu.
Rusuhan bermula selepas kumpulan pelajar menuntut supaya sistem kuota yang kontroversi dimansuhkan daripada sistem pekerjaan kerajaan.
Protes itu kemudian bertukar menjadi kempen menuntut penyingkiran Hasina, yang menang bagi penggal keempat berturut-turut pada Januari dalam pilihan raya yang diboikot oleh pembangkang.
Bagi penyelaras protes pelajar, Nahid Islam, dia mendesak Hasina menyegerakan pemberian notis pembubaran Parlimen.
“Jika mereka gagal membubarkan parlimen pada masa yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka oleh pelajar,” katanya.
Begitupun, pada masa sama, dia turut mengutuk sekeras-kerasnya keganasan, rompakan dan pembakaran yang berlaku dalam protes tersebut.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya dan membangkitkan bantahan keras terhadap keganasan, rompakan dan pembakaran.
“Kami perlu bersedia untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang. Kami perlu bertanggungjawab,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Penunjuk perasaan
#rusuhan
#Sheikh Hasina
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan