KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan musim sejuk dan ekonomi sebahagian besarnya lumpuh, Afghanistan berdepan kemungkinan berlakunya krisis kemanusiaan.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihak pemerintah telah melaksanakan beberapa tindakan yang dilihat mampu memperbetulkan keadaan, walaupun ia mungkin akan mengambil masa.
"Pemerintah telah mengambil tindakan cuba menyesuaikan dengan permintaan dan realiti semasa. Lantikan untuk posisi penting sebelum ini diberi kepada mereka yang kita boleh kata sebagai tidak layak dan sekarang ia sudah diperbetulkan. Ini akan mengambil masa (untuk melihat hasilnya).
"Kalau dilihat pada keperluan dan keadaan mereka, iaitu sebuah negara yang memerlukan bantuan, rakyat mereka khuatir kerana pelbagai janji dibuat tetapi tiada perubahan signifikan," katanya ketika muncul dalam program Fokus Minggu Depan yang disiarkan Astro AWANI, pada Sabtu.
Jelasnya, ini merupakan salah satu faktor kedatangan pasukan misi dari Malaysia untuk memainkan peranan.
"Kita negara kecil tetapi plus point sebab kelebihan kita, mereka nampak sebagai negara moden yang ada mutuality, tidak ada kepentingan.
"Misi kemanusiaan selama dua hari minggu depan ini merupakan sumbangan kecil namun ia merupakan tanda solidariti, untuk beritahu yang kita ada bersama mereka kita, selain mahu membuka mata negara lain dengan menunjukkan walaupun kita jauh tetapi masih boleh membantu," ujarnya.
Justeru, mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu diseru turut serta menawarkan khidmat dalam misi bantuan.
"Sekarang di Afghanistan musim sejuk dan apabila ditanya, paling mereka bimbang adalah keupayaan ekonomi untuk meneruskan hidup, untuk pastikan terus ada makanan, keluarga dan kejiranan mereka tak kebuluran.
"Mereka berhadapan isu ekonomi sebab Amerika Syarikat ingin bahagi dana yang telah dibekukan, yang sepatutnya menjadi hak rakyat Afghanistan, dibahagikan kepada mangsa 9/11 yang tidak ada kaitan.
"Ini menyumbang kepada isu keperluan untuk mereka survive, sekarang sudah enam bulan sejak Taliban ambil alih dan rakyat sedang tunggu apa alternatif terbaik mereka," tambahnya lagi.
Madiha Abdullah
Sat Feb 19 2022

Afghanistan berhadapan isu ekonomi apabila AS bahagi dana yang telah dibekukan, yang sepatutnya menjadi hak rakyat Afghanistan, dibahagikan kepada mangsa 9/11. - Foto AP/Hussein Malla

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Timur Afghanistan digegarkan lagi dengan gempa bumi, ragut lima nyawa, 10 cedera
Lima orang maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam satu lagi gempa bumi yang melanda wilayah Paktika, di timur Afghanistan pada Jumaat.

Keadaan di Afghanistan pada tahap kritikal, bekalan makanan terputus - GPM
Masuk hari keempat susulan tragedi gempa bumi di Timur Afghanistan yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa pada Selasa.

Gempa bumi: Singapura sumbang AS$50,000 bantuan kemanusiaan ke Afghanistan
Jumlah kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan Afghanistan telah meningkat melebihi 1,000 orang, dengan lebih 1,500 yang lain cedera.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi: Taliban rayu PBB salur bantuan
Paktika di tenggara Afghanistan merupakan wilayah paling teruk terjejas dengan usaha menyelamat terhalang akibat hujan lebat dan hujan batu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan cecah 1,000
Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan pada Rabu mencecah 1,000 dengan lebih 1,500 orang lagi dilaporkan cedera.

Gempa bumi kuat landa Afghanistan, 250 dikhuatiri terkorban
Gempa bumi kuat melanda daerah Paktika di Afghanistan mengakibatkan 250 orang terkorban, lapor pihak penguatkuasa tempatan.

Gempa bumi di Afghanistan, sekurang-kurangnya 250 maut
Gempa bumi yang berlaku pada awal pagi ketika orang ramai masih tidur, berukuran 6.1 pada skala Richter.