awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik estet didakwa kurung 14 buruh wanita

Faida Rahim
Faida Rahim
13/10/2022
05:55 MYT
Pemilik estet didakwa kurung 14 buruh wanita
Dalam pada itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat dakwaan seorang wanita yang mengalami keguguran selepas diserang Gowda. - Unsplash
KARNATAKA: Pihak Polis India sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik ladang kopi yang bertindak mengurung 14 buruh wanita di estetnya kerana tidak membayar pinjaman.
Memetik laporan BBC, lelaki dikenali sebagai Jagadeesha Gowda dan anak lelakinya didakwa mengurung pekerja Dalit (ahli kumpulan status sosial terendah dalam sistem kasta Hindu) selama tiga jam di Karnataka Selatan pada Isnin.
Dalam pada itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat dakwaan seorang wanita yang mengalami keguguran selepas diserang Gowda.
“Berlaku pergaduhan di antara buruh estet yang terletak di Chikkamagaluru. Gowda cuba campur tangan dan didakwa menyalahguna kuasa dan menyerang pekerja wanita, mendorong semua pekerja wanita untuk meninggalkan kerja mereka,” kata wakil pihak berkuasa.
Sementara itu, Gowda didakwa mengarahkan kesemua pekerja membayar semula pinjaman berjumlah 900,000 rupee (RM51,194.70) serta merampas telefon bimbit pekerja wanita di situ.
“Gowda juga didakwa mengurung mereka di rumah antara jam 9 pagi dan 12 tengah hari," kata pegawai polis Chikkamagaluru, Uma Prashanth.
Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan sudah mengambil laporan namun tiada tangkapan dibuat sehingga kini.
Tuduhan kini disiasat di bawah Akta Kasta berjadual dan Suku Kaum Berjadual (Pencegahan Kekejaman) kerana menyebabkan kecederaan dan mengurung mangsa.
Topic Berkaitan
#India
#Jagadeesha Gowda
#kasta bawah
#Dalit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan