JAKARTA: Hasil penuh tinjauan dan dapatan ‘Quick Count’ atau perhitungan cepat Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu 2024) akan diketahui seawal jam 6 petang ini waktu tempatan.
Bagaimanapun, menurut Pakar Komunikasi, Lembaga Survei KedaiKopi, Rosnindar Prio, hasil itu juga bergantung kepada keadaan logistik semasa tinjauan itu dilakukan.
“Sudah tentu ketika banjir atau musibah apa pun akan mempengaruhi kerja kami (mengumpul sampel data).
"Akan jadi tergendala nanti quick count, tidak boleh secepat yang kami perkirakan sebelumnya.
“Seperti itu harus-harus siap, tetapi kami sudah menjangkakan mungkin ganti TPS (tempat pemungutan suara) yang belum kami putuskan sesegera mungkin," katanya kepada Astro AWANI.
Tinjauan atau survei dilakukan di 2,000 TPS dengan margin kesalahan pada 0.18 peratus.
KedaiKopi merupakan antara 81 Lembaga Survei Indonesia yang memperoleh kebenaran Komisi Pemilihan Umum Insonesi KPU.
Mengikut aturan yang termaktub dalam Undang-Undang Nombor 7 tahun 2017 tentang Pemilu, pengumuman perkiraan penghitungan cepat Pemilu hanya boleh dilakukan dua jam setelah pemungutan suara di Wilayah Barat Indonesia.
Dalam pada itu, pemilihan umum tahun ini dilakukan serentak melibatkan pemilihan presiden dan wakil presiden, pemilihan anggota DPR RI, DPD RI, DPRD provinsi, dan DPRD kabupaten/kota.
Essan Yahya, Fauzi Zin
Wed Feb 14 2024
Tinjauan atau survei dilakukan di 2,000 TPS dengan margin kesalahan pada 0.18 peratus. -AP
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Pemilu 2024: Peratusan penuh ‘quick count’ diketahui seawal 6 petang
Tinjauan atau survei dilakukan di 2,000 TPS dengan margin kesalahan pada 0.18 peratus.