awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Hezbollah tidak akan menyerah kepada ancaman Israel

Agensi
Agensi
06/07/2025
22:30 MYT
Pemimpin Hezbollah tidak akan menyerah kepada ancaman Israel
Naim Qassem (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada pertemuan yang berlangsung di Tehran baru-baru ini.
BEIRUT: Pemimpin Hezbollah, Naim Qassem menegaskan kumpulannya tidak akan tunduk atau melucutkan senjata walaupun berdepan tekanan dan ancaman daripada Israel.
“Ancaman ini tidak akan membuatkan kami tunduk,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung kepada ribuan penyokongnya di pinggir selatan Beirut - kawasan yang dikenali sebagai kubu kuat Hezbollah - sempena sambutan Asyura oleh penganut Syiah.
Kenyataan itu hadir ketika pemimpin-pemimpin politik Lebanon yang dilantik selepas perang antara Israel dan Hezbollah tahun lalu terus menggesa agar hanya kerajaan memiliki kuasa untuk memegang senjata, selain menuntut Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada November lepas.
Qassem yang menggantikan Hassan Nasrallah selepas Israel didakwa membunuh pemimpin lama Hezbollah itu pada September turut menegaskan, pejuang mereka tidak akan meletakkan senjata selagi “pencerobohan Israel” berterusan.
Ucapan tersebut dibuat menjelang lawatan Utusan Khas Amerika Syarikat, Tom Barrack ke Beirut pada Isnin.
Pihak berkuasa Lebanon dijangka memberikan maklum balas terhadap permintaan Barrack yang mahu Hezbollah - kumpulan yang disokong Iran - melucutkan senjata sepenuhnya sebelum akhir tahun ini, menurut seorang pegawai Lebanon yang enggan dikenali.
Pihak berkuasa Lebanon sebelum ini menyatakan mereka telah mula membongkar infrastruktur ketenteraan Hezbollah di selatan negara itu, berhampiran sempadan dengan Israel.
Namun, Israel terus melancarkan serangan ke wilayah Lebanon meskipun gencatan senjata telah dimeterai pada November, dengan alasan menyerang sasaran Hezbollah dan mendakwa, Beirut gagal mengambil tindakan mencukupi bagi melucutkan senjata kumpulan tersebut.
Mengikut perjanjian gencatan senjata, Hezbollah sepatutnya menarik semula pejuang mereka ke utara Sungai Litani - kira-kira 30 kilometer dari sempadan Israel.
Israel pula dikehendaki berundur sepenuhnya dari wilayah Lebanon, namun sehingga kini masih mengekalkan kehadiran tentera di lima lokasi strategik yang dianggap penting. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hezbollah
#gencatan senjata
#ancaman israel
#Naim Qassem'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami