awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim

Bernama
Bernama
10/02/2026
10:30 MYT
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan Malaysia mempunyai kepakaran kecerdasan buatan (AI) yang kompetitif dan perlu diberi keutamaan untuk melaksanakan projek berkaitan teknologi berkenaan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
Beliau berkata apabila syarikat tempatan diberi peluang melaksanakan projek AI, mereka bukan sahaja dapat mempelajari dan membangunkan teknologi berkenaan, malah meningkatkan keupayaan masing-masing, sekali gus membuka potensi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
"Kerajaan tempatan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu memberi keutamaan kepada syarikat tempatan. Kita perlu memilih pendekatan lokalisasi dan memberi mereka peluang.
"Utamakan syarikat tempatan. Kita mempunyai jurutera serta syarikat AI tempatan yang sedang berkembang dan memiliki kepakaran. Jika kita mengutamakan mereka, suatu hari nanti kita mampu melahirkan syarikat AI tempatan yang hebat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai perancangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membentuk masyarakat yang berinovasi dan berdaya cipta, bukan sekadar pengguna teknologi.
Sementara itu, menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berhubung usaha membangunkan ekosistem industri pintar di kawasan sempadan negara, Sim berkata AI merentasi semua sektor dan menawarkan peluang kepada pelbagai industri serta wilayah.
"Mulai sekarang, jika kita tidak mempunyai keupayaan AI, kita akan ketinggalan. Semua industri, semua sektor dan semua aplikasi perlu mempunyai elemen AI terbina dalam supaya penyelesaian dapat dilaksanakan dengan lebih efektif," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan negeri Perlis dan Kementerian Dalam Negeri agar memanfaatkan penggunaan AI bagi meningkatkan kecekapan operasi, khususnya di kawasan sempadan negara.
Melalui Belanjawan 2026, Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai peneraju serantau dalam bidang AI dengan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai merangkumi penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI).
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan memperuntukkan hampir RM5.9 bilion merentasi pelbagai kementerian sebagai usaha bersepadu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara AI menjelang 2030.
Sejak separuh kedua tahun 2024 hingga tahun 2025, Malaysia berjaya menarik pelaburan berkaitan teknologi AI berjumlah kira-kira RM3.6 bilion, melibatkan pelbagai inisiatif pembangunan teknologi AI serta sokongan kepada lebih 60 syarikat pemula tempatan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#syarikat tempatan
#kecerdasan buatan
#kompetitif
#Dewan Rakyat
#Sim Tze Tzin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan