awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin rampasan kuasa Madagascar sedia berbincang dengan Kesatuan Afrika

Bernama
Bernama
17/10/2025
02:25 MYT
Pemimpin rampasan kuasa Madagascar sedia berbincang dengan Kesatuan Afrika
Randrianirina ketika ditemu bual media di Antananarivo, Madagascar, 15 Okt 2025. (Foto AP)
LUSAKA (Zambia): Pemimpin rampasan kuasa tentera Madagascar Kolonel Micheal Randrianirina pada Khamis menyatakan kesediaannya untuk mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Afrika (AU) yang sehari sebelumnya menggantung keanggotaan negara itu selepas Presiden Andry Rajoelina digulingkan.
"Keputusan itu sudah dijangka. (Namun) mulai sekarang akan ada rundingan di sebalik tabir. Kita akan lihat bagaimana keadaannya," katanya pada sidang media, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Randrianirina berkata beliau akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada Jumaat dalam satu majlis yang akan dikendalikan oleh Mahkamah Perlembagaan Tertinggi di ibu negara, Antananarivo.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada hari sama mengecam apa yang disifatkannya sebagai perubahan kerajaan yang tidak mengikut perlembagaan di negara pulau itu, sambil menyeru agar perintah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dipulihkan.
"Setiausaha agung menggalakkan semua pihak berkepentingan di Madagascar, termasuk golongan belia supaya bekerjasama menangani punca asas ketidakstabilan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya Stephane Dujarric, sambil menambah bahawa Guterres turut mengambil maklum mengenai penggantungan keanggotaan Madagascar oleh Kesatuan Afrika.
Rajoelina, yang dilucutkan jawatan oleh penggubal undang-undang minggu ini selepas melarikan diri dari negara itu kerana bimbang akan dibunuh susulan protes yang dipimpin golongan belia dan pemberontakan tentera, turut mengecam pengambilalihan kuasa oleh Randrianirina susulan tunjuk perasaan selama beberapa minggu yang dipimpin oleh generasi Z yang menuntut beliau berundur - sesuatu yang enggan dilakukannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Madagascar
#Kolonel Micheal Randrianirina
#rampasan kuasa
#Kesatuan Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan