awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Tertinggi Iran dipindah ke lokasi selamat susulan dakwaan kematian ketua Hizbullah

Agensi
Agensi
28/09/2024
09:44 MYT
Pemimpin Tertinggi Iran dipindah ke lokasi selamat susulan dakwaan kematian ketua Hizbullah
Ayatollah Ali dilapor telah dipindahkan ke lokasi selamat di dalam negara dengan langkah keselamatan yang dipertingkatkan - Foto Reuters
Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei telah dipindahkan ke lokasi selamat di dalam negara dengan langkah keselamatan yang dipertingkat susulan dakwaan kematian ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.
Perkara itu dimaklumkan oleh dua pegawai serantau kepada Reuters.
Sumber itu berkata Iran sentiasa berhubung dengan Hizbullah di Lubnan dan kumpulan proksi serantau lain untuk menentukan langkah seterusnya.
Sementara itu, Israel ketika ini dalam keadaan berwaspada tinggi untuk konflik yang lebih meluas.
Ketua Jurucakap Tentera Leftenan Kolonel Nadav Shoshani berkata, bagaimanapun pihaknya berharap 'kematian' Hassan akan menyebabkan kumpulan itu mengubah tindakan.
Dia juga mendakwa masih terdapat cara untuk merendahkan keupayaan Hizbullah.
Dalam perkembangan lain, walaupun Hizbullah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hassan, tetapi sumber rapat dengan kumpulan itu memberitahu AFP bahawa telah terputus hubungan dengan pemimpin itu sejak Jumaat.
Topic Berkaitan
#Hizbullah
#Hassan Nasrallah
#Israel serang Lubnan
#Ali Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan