BOSTON: Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.

Kejayaan dilaporkan mampu memberi manfaat kepada ramai pesakit yang menjalani dialisis atau terlantar ketika dalam senarai menunggu.

Doktor dari Hospital Besar Massachusetts di Boston mengumumkan prosedur pembedahan buah pinggang mengambil masa selama empat jam pada 16 Mac.

Slayman yang berasal Weymouth, Massachusetts dilaporkan sedang dalam proses pemulihan dan dijangka akan keluar dari hospital tidak lama lagi.

Slayman dilaporkan melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang manusia di hospital yang sama pada tahun 2018 selepas tujuh tahun menjalani dialisis, namun begitu organ itu gagal selepas lima tahun dan mula menjalani rawatan dialisis semula.

Buah pinggang itu disediakan oleh eGenesis di Cambridge, Massachusetts yang mana buah pinggang seekor babi yang telah diubahsuai secara genetik untuk meningkatkan keserasian.