PENASARAN rakyat Indonesia kini berakhir apabila hasil perhitungan perolehan suara Pilihan Raya Presiden (PILPRES) secara rasmi oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) telah diumumkan pada hari ini. KPU telah mengumumkan keputusan tersebut sehari lebih awal (direncanakan pada esok, 22 Mei 2019) yang menyaksikan Presiden Joko Widodo bersama calon Wakil Presiden, Ma’ruf Amin menewaskan pasangan Probowo Subianto dan Sandiaga Uno.
Pasangan Jokowi dan Ma’ruf berjaya mengumpul sebanyak 55.50 peratus undi atau 85 juta undi, manakala pasangan Probowo Subianto dan Sandiaga Uno memperoleh 44.50 peratus undi atau 68 juta undi. Ini bermakna pasangan Jokowi dan Ma’ruf mendahului pasangan Probowo Subianto dan Sandiaga Uno dengan kira-kira 17 juta undi. Keputusan ini mendapat reaksi yang bercampur khususnya dalam kalangan netizen.
Tidak dinafikan, pemilihan umum (PEMILU) kali ini sangat mencabar kerana selain PILPRES, pengundi juga memilih 575 orang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), 136 orang Dewan Perwakilan Daerah (DPD) dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah 2019.
Menguruskan pesta demokrasi sebesar ini bukan satu hal yang mudah. Demi kebebasan memilih rakyat, ramai yang terkorban. Kita sangat simpati dengan laporan yang mengatakan bahawa sejumlah 225 (jumlah ini mungkin bertambah) orang petugas pilihan raya meninggal dunia kerana kepenatan mengendalikan pilihan raya.
Selain itu, dilaporkan juga seramai 1,695 petugas dilaporkan jatuh sakit dan perlu dirawat di hospital atau klinik. Melihat kepada insiden ini, timbul cadangan agar PILPRES dan Pemilihan Legislatif yang dijalankan serentak dikaji semula. Pada 2014, PILPRES diadakan berasingan, iaitu tiga bulan selepas Pemilihan Legislatif berlangsung.
Seperkara lagi adalah kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi melalui pilihan raya. Bukan satu hal yang mudah untuk rakyat memahami dan meyakini proses demokrasi melalui pilihan raya apabila kiraan undian mengambil masa tempoh selama sebulan.
Dalam tempoh tersebut, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Maka, di sinilah letaknya kepentingan keyakinan rakyat terhadap perjalanan pilihan raya, termasuk wibawa badan yang mengendalikannya, iaitu KPU. Ketidakyakinan rakyat terhadap proses pengundian dan kecekapan KPU akan mendorong mereka tidak dapat menerima keputusan pilihan raya.
Jika keputusan yang diumumkan oleh KPU ini dapat diterima oleh kedua-dua pasangan yang bertanding, maka nama presiden baharu secara rasmi akan diumumkan pada antara 25 hingga 27 Mei nanti. Namun, jika ada bantahan, ada kemungkinan pengumuman tersebut tidak dapat dilakukan pada tarikh yang dirancang.
PILPRES kali ini tidak dapat lari daripada perlawanan politik identiti. Meskipun kerap kali dinafikan, apa yang berlaku membuktikan politik identiti masih lagi wujud. Gelaran Haji yang digunakan oleh kedua-dua pasangan di kertas undi menggambarkan imej Muslim masing-masing sangat penting. Malah, ibadah umrah yang dilaksanakan oleh Jokowi dan pertemuannya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman dalam tempoh waktu bertenang, turut dikaitkan dengan pembinaan imej Muslim yang boleh mempengaruhi suara umat Islam di Indonesia.
Sewaktu membentangkan ucaptama (keynote) dalam Seminar Internasional Politik Indentitas Indonesia dan Malaysia di Universitas Ibnu Chaldun pada 28 Mac yang lalu, isu politik identiti ini sememangnya mewarnai kedua-dua buah negara. Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan politik Malaysia semakin dibebani oleh isu perkauman dan agama. Begitu juga di Indonesia, meskipun negara itu melarang kempen menyentuh soal suku, agama, ras dan antara golongan (SARA), isu melibatkan survival umat Islam dan pribumi masih lagi menjadi kempen politik.
Di sebalik penasaran rakyat Indonesia menanti keputusan rasmi PILPRES, Jokowi ternyata tidak terkesan dengan drama proses penjumlahan undi. Selain akur dengan kemampuan KPU dan hanya menerima hasil hitungan rasmi oleh badan itu, tugas beliau sebagai presiden terus dilaksanakan.
Satu hal yang menarik adalah cadangan Jokowi untuk mengenalpasti ibu negara baharu Indonesia untuk menggantikan Jakarta. Ternyata, motto “Indonesia Maju” yang dicanangkan oleh beliau terus dilontarkan meskipun PILPRES telah dilaksanakan pada 17 April lalu.
Kempen pembangunan Jokowi dijangka tidak terhenti malah ia menjadi modal untuk beliau kekal sebagai presiden bagi penggal yang kedua. Banyak pihak menyambut baik cadangan untuk menggantikan Jakarta sebagai ibu negara. Namun ada juga melihat cadangan ini perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia melibatkan banyak persediaan dalam segenap aspek.
Berbeza dengan Prabowo, beliau memilih untuk bersikap kritikal sejurus selepas hari pembuangan undi. Beliau mendakwa telah memenangi PILPRES berdasarkan hasil hitung cepat atau quick count dengan menguasai 62 peratus undi. Ketika mengumumkan keputusan tersebut, pasangan Probowo, iaitu Sandiaga Uno turut hadir sama meskipun baru sembuh demam yang teruk seusai PILPRES.
Probowo lantang mempersoal ketelusan PILPRES kali ini. Beliau mempertikai adakah PILPRES berjaya menjadi sebuah pilihan raya yang jujur dan adil (JURDIL). Ketika menyampaikan pidato dalam acara “Simposium Kecurangan Pemilu 2019” di Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, pada 14 Mei 2019 lalu, Probowo konsisten menolak hasil perhitungan suara curang yang dilaksanakan oleh KPU. Dalam ucapan yang terkini, Probowo menegaskan soal kalah atau menang bukan lagi menjadi perkara penting, tetapi hak rakyat yang telah diperkosa.
Protes Probowo ini dapat difahami melalui beberapa faktor, antaranya apabila rakyat Indonesia di Malaysia diminta melakukan ulangan pungutan suara selepas ratusan karung beg mengandungi kertas undi pemilihan awal Pilihan Raya Umum pemilihan presiden Indonesia yang telah bertanda, ditemui di dua tempat sekitar Kajang dan Bangi.
Dengan kemenangan Jokowi berjaya mempertahankan jawatan presiden, apakah masa depan Probowo yang juga merupakan menantu Presiden Soeharto dalam politik Indonesia? Apakah beliau masih sanggup menawarkan diri bertanding dalam PILPRES 2024 akan datang, iaitu ketika Jokowi tidak lagi boleh bertanding?
Berbeza dengan Sandiaga Uno yang masih muda, banyak pihak melihat potensi yang ada oleh beliau. Malah kini sudah ada kedengaran cerita bahawa beliau akan kembali merebut jawatan Wakil Gabenor Jakarta (walapun dinafikan oleh Sandiaga), iaitu jawatan yang beliau pernah sandang pada 2017.
Sebagai rakyat negara jiran, kita mendoakan perjalanan demokrasi dan PILPRES Indonesia berjalan dengan aman. Di sinilah terujinya kematangan demokrasi Indonesia yang selama ini diperkatakan. Penasaran dan korban PILPRES yang dapat disaksikan dalam tempoh terdekat ini sama sekali tidak boleh membantutkan amalan demokrasi yang jujur dan adil ditegakkan di Indonesia. Apa yang lebih penting, kita jalan terus.
* Penulis ialah Profesor Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang kajian beliau adalah Politik Muslim dan Demokrasi.
** Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain
Tue May 21 2019
Buku suntingan Prof Madya Dr Mohd Izani (dua dari kiri) menghimpunkan tulisan akademik berkaitan Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia dan Indonesia.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.