Empat warga Indonesia ceroboh pelantar minyak untuk curi kabel ditahan

Suspek mengaku menaiki pelantar tersebut untuk mencuri kabel. - Gambar/ Maritim Malaysia
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lelaki warga Indonesia kerana menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di kedudukan 139 batu nautika Timur Laut Kuala Kemaman, Kemaman pada Ahad lepas.
Ringkasan AI
- APMM menahan empat lelaki Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Kuala Kemaman.
- Tangkapan dilakukan susulan aduan syarikat minyak tempatan pada Ahad lepas.
- Pihak APMM akan terus mempertingkatkan kawalan maritim untuk keselamatan aset negara dan meminta kerjasama komuniti maritim melaporkan aktiviti mencurigakan di laut.
"Bagaimanapun pemeriksaan yang dijalankan pada hari berikutnya (2 Nov) mendapati kabel yang dipotong sehari sebelumnya telah digulung dan disusun rapi.
"Pemeriksaan menyeluruh akhirnya berjaya menemukan empat lelaki Indonesia berusia antara 27 hingga 62 tahun sedang bersembunyi di ruang pengudaraan. Turut dijumpai beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel elektrik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Halim berkata suspek yang mengaku menaiki pelantar tersebut untuk mencuri kabel telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat.
Beliau menegaskan bahawa pihak APMM akan sentiasa mempertingkatkan kawalan dan rondaan bagi memastikan keselamatan aset strategik negara daripada sebarang bentuk pencerobohan.
"Komuniti maritim juga diminta memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku aktiviti haram atau mencurigakan di laut," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


