awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian Beruang Paling Gemuk 2018, dan pemenangnya ialah...!

Agensi
Agensi
10/10/2018
11:26 MYT
Pencarian Beruang Paling Gemuk 2018, dan pemenangnya ialah...!
Tahniah 409 Beadnose, dan kami turut mengucapkan selamat berhibernasi! - Reuters
Pencarian beruang Alaska paling gemuk kini sudah menjadi sensasi di media sosial.
Dalam penilaian terkini pada Selasa, seekor beruang betina yang bunting berwarna perang gelap yang dikenali dengan nama 409 Beadnose akhirnya dinobat sebagai Beruang Paling Gemuk 2018.
Beadnose menyingkirkan seekor lagi beruang Alaska jantan yang dinamakan 747 – seperti nama pesawat jumbo – dalam satu undian atas talian kelolaan Taman Negara Katmai sempena kempen pencarian beruang tergemuk atau Fat Bear Week.
Dalam pemerhatian, beruang jantan lazimnya lebih besar dari segi saiz namun Beadnose kali ini lebih menyerlah.
“Juara kami yang gempal ini mempunyai masa sehingga beberapa minggu saja lagi untuk memakan seberapa banyak ikan salmon sebelum ia mendaki kawasan pergunungan dan berehat untuk ‘meraikan’ kemenangannya,” ujar kenyataan dalam Facebook taman negara itu.
Beruang-beruang di Alaska, khususnya di Taman Negara Katmai, seperti Beadnose ini perlu memakan seberapa banyak salmon sebelum tiba musim hibernasi. - Reuters
Beruang-beruang di Alaska, khususnya di Taman Negara Katmai, seperti Beadnose ini perlu memakan seberapa banyak salmon sebelum tiba musim hibernasi. - Reuters
Katmai, yang terletak di kawasan pergunungan di pesisiran Teluk Alaska, dikenali sebagai habitat kepada beruang-beruang tersebut.
Bulan Oktober merupakan bulan terakhir untuk mamalia tersebut makan sebanyak yang boleh untuk membina lemak tubuh sebelum berhibernasi di dalam sarang seterusnya menempuh musim sejuk.
Oktober juga bulan terbaik untuk penggemar alam semula jadi untuk menyaksikan keindahan Katmai menerusi penstriman video, terutamanya aksi beruang-beruang tersebut membuat persiapan menjelang musim hibernasi.
Menurut renjer Katmai, Andrew LaValle, Fat Bear Week mungkin suatu acara yang menyeronokkan bagi manusia, namun ia adalah musim paling serius buat beruang.
“Ini mungkin menghiburkan bagi manusia untuk melihat persekitaran dan aktiviti penghuni hutan ini, namun ini juga musim yang menentukan antara hidup dan mati,” ujarnya, yang menambah, beruang akan kehilangan satu per tiga daripada berat tubuh sewaktu berhibernasi.
Topic Berkaitan
#409 beadnose
#Alaska
#beruang paling gemuk
#hibernasi
#musim sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan