awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki muda Jerman maut terjatuh dari puncak berhampiran gunung tertinggi Austria

Bernama
Bernama
20/08/2025
00:10 MYT
Pendaki muda Jerman maut terjatuh dari puncak berhampiran gunung tertinggi Austria
Puncak gunung tertinggi Austria, Grossglockner. - Gambar hiasan
VIENNA: Seorang pendaki Jerman berusia 29 tahun maut selepas terjatuh daripada ketinggian beberapa ratus meter ketika menuruni kawasan berhampiran puncak gunung tertinggi Austria, Grossglockner, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis di Tyrol memaklumkan pendaki dari Rhineland-Palatinate itu mendaki seorang diri pada Isnin apabila tiga pendaki lain menyaksikan dia tiba-tiba terjatuh berhampiran Teufelshorn (Tanduk Syaitan), sebuah puncak berdekatan Grossglockner.
Saksi segera menghubungi pasukan penyelamat dan sebuah helikopter kecemasan dihantar ke lokasi. Namun, pasukan penyelamat hanya berjaya membawa turun mayatnya.
Polis mengesahkan keadaan cuaca adalah baik pada masa kejadian, namun punca sebenar kemalangan masih belum dikenal pasti.
Teufelshorn terletak bersebelahan Grossglockner yang berketinggian 3,798 meter dan merupakan gunung tertinggi Austria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki Jerman maut
#Grossglockner
#gunung tertinggi Austria
#pendaki jatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami