KUALA LUMPUR: Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) ke Asia Timur Daniel Kritenbrink menegaskan pendekatan AS terhadap Taiwan tidak berubah dan selaras dengan dasar 'Satu China' yang dipegangnya, yang tidak menyokong kemerdekaan rasmi Taiwan.
Penolong Setiausaha Negara untuk Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik itu berkata dasar AS tidak berubah, namun perkara yang berubah adalah paksaan Beijing yang semakin meningkat terhadap Taiwan.
"Kata-kata dan tindakan PRC (Republik Rakyat China) sangat mengganggu kestabilan. Mereka berisiko tersalah perhitungan dan mengancam keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.
"Pendekatan di seluruh pentadbiran kami kekal konsisten sejak beberapa dekad lepas. Kami tetap komited kepada dasar 'Satu China' berpandukan Akta Perhubungan Taiwan," katanya ketika bercakap dalam satu panggilan persidangan pada Rabu dari Washington DC.
Dasar Satu China AS pertama kali dinyatakan dalam Shanghai Communiquei pada 1972 apabila AS mengiktiraf Kerajaan PRC sebagai kerajaan tunggal China yang sah, mengakui kedudukan China bahawa hanya ada satu China dan Taiwan adalah sebahagian daripada China.
Kritenbrink berkata PRC telah menggunakan lawatan speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi sebagai alasan untuk melancarkan kempen tekanan yang lebih lagi terhadap Taiwan dan cuba mengubah status quo yang menjejaskan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan dan wilayah sempadan.
Menurut beliau lawatan Pelosi adalah konsisten dengan dasar 'Satu China' AS dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Tindakan ini adalah sebahagian daripada kempen tekanan yang dipertingkatkan oleh PRC terhadap Taiwan, yang kami jangka akan terus berlaku dalam beberapa minggu dan bulan akan datang," katanya merujuk kepada nama rasmi China, PRC.
Kritenbrink berkata AS akan terus bertenang, tetapi akan mengambil langkah tegas untuk menegakkan keamanan dan kestabilan dalam menghadapi usaha berterusan Beijing terhadap Taiwan dan menyokong Taiwan selaras dengan dasar lamanya.
"Kami akan bertindak secara bertanggungjawab, teguh dan tegas," katanya.
Menurut media antarabangsa, Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan tetapi terikat oleh undang-undang untuk membantu wilayah itu mempertahankan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Kritenbrink berkata PRC telah menggunakan lawatan speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi sebagai alasan untuk melancarkan kempen tekanan yang lebih lagi terhadap Taiwan. - Gambar fail/ AP
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.