Keadaan penduduk yang terpaksa berpindah akibat letusan gunung berapi Taal di Filipina adalah lebih buruk daripada apa yang digambarkan oleh media antarabangsa.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan kawasan berdekatan gunung berapi itu terpaksa ditutup buat selama-lamanya menyebabkan penduduk dalam keadaan tergantung dan terpaksa menetap di pusat pemindahan sementara.

Itu yang digambarkan Ketua Komunikasi Mercy Malaysia, Chan Li Jin yang juga anggota sukarelawan yang diterbangkan ke Filipina bagi menyalurkan bantuan buat rakyat negara itu yang terjejas.

“Semalam kami telah melawat kawasan zon merah, iaitu dalam lingkungan 14 kilometer daripada gunung berapi Taal dan di situ kami nampak dengan mata sendiri macam mana tanaman semuanya hancur akibat dihujani debu.

“Lebih 160,000 penduduk dipindahkan dalam keadaan sangat tidak tentu dan mereka tidak dibenarkan kembali ke rumah.

“Anggota askar mengawal ketat kawasan tersebut kerana dijangka gunung berapi itu akan meletup bila bila masa,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan kawasan berdekatan gunung berapi itu terpaksa ditutup buat selama-lamanya menyebabkan penduduk dalam keadaan tergantung dan terpaksa menetap di pusat pemindahan sementara.

Keadaan penduduk yang terpaksa berpindah akibat letusan gunung berapi Taal di Filipina adalah lebih buruk daripada apa yang digambarkan oleh media antarabangsa.

Pada masa sama, Li Jin turut menyatakan beberapa kawasan sudah ditutup sepenuhnya dan penduduk tidak dibenarkan pulang ke kediaman selama-lamanya.

“Ketika ini mereka dalam keadaan 'limbo' atau tergantung dan diletakkan dalam pusat pemindahan sementara.

“Setakat ini, mereka tidak tahu bila mereka akan dipindahkan ke penempatan tetap. Dan pihak kami masih mencari jalan untuk meneruskan bantuan kepada mereka,” ujarnya.

Pasukan Mercy Malaysia di Filipina terdiri daripada empat ahli, dua daripada Kuala Lumpur manakala dua lagi daripada Mercy Malaysia Filipina.

Pasukan sukarelawan yang sudah berada di Filipina sejak Sabtu lalu telah menyalurkan bantuan makanan, topeng muka N95 kepada dua pusat pemindahan sementara.

Ketika ini, bentuk bantuan kritikal yang diperlukan termasuk barangan peribadi wanita dan ubat-ubatan.

Pasukan sukarelawan ini akan terus berada di Filipina selama seminggu bagi terus memantau keadaan dan menyalurkan bantuan yang diperlukan.

BACA: MERCY Malaysia hantar pasukan bantuan ke Filipina

Bagi orang ramai yang ingin memberi bantuan, sumbangan juga boleh dihantar menerusi Dana Kemanusiaan MERCY di nombor akaun Maybank 5621 7950 4126 atau melalui Philippines Relief Fund di laman web www.mercy.org.my.