awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk halang jenazah mangsa COVID-19 dikebumikan di kampung halamannya

Bernama
Bernama
11/04/2020
15:16 MYT
Penduduk halang jenazah mangsa COVID-19 dikebumikan di kampung halamannya
Jenazah sepatutnya dikebumikan di kampung halamannya di Pemakaman Umum Sewakul, pada Khamis, namun sekumpulan penduduk desa itu menghalang pihak berkuasa berbuat demikian kerana bimbang virus itu akan tersebar di desa mereka. - Reuters
Penduduk sebuah desa di Jawa Tengah, Indonesia bertindak menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meninggal dunia kerana positif virus COVID-19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka.
Menurut media tempatan, jenazah Nuria Kurniasih, 38, jururawat di Rumah Sakit Umum (hospital) Dr Kariadi, Semarang, meninggal dunia pada Khamis lalu, selepas seminggu dirawat akibat jangkitan virus itu.
Jenazah sepatutnya dikebumikan di kampung halamannya di Pemakaman Umum Sewakul, pada Khamis, namun sekumpulan penduduk desa itu menghalang pihak berkuasa berbuat demikian kerana bimbang virus itu akan tersebar di desa mereka.
Van jenazah terpaksa berpatah balik ke hospital dan jenazah kemudiannya dikebumikan di kawasan perkuburan di hospital Dr Kariadi, Semarang.
Menurut media tempatan, sekumpulan penduduk menghalang pihak berkuasa daripada memasuki tanah perkuburan di desa itu sekalipun semua persiapan pengebumian telah dilakukan, malah keluarga jururawat itu turut menangis dan merayu agar penduduk kampung tidak berbuat demikian.
Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dalam satu kenyataan menyatakan kekesalan berhubung kejadian itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang apatah lagi melibatkan seorang petugas kesihatan, yang berjasa kepada masyarakat dan negara.
Ketua Desa Sewakul, Purbo memohon maaf kepada keluarga jururawat itu dan menyatakan beliau tidak berdaya menghalang tindakan agresif sekumpulan masyarakat di desa itu.
Warganet di media sosial dan Persatuan Perawat (jururawat) Nasional Indonesia seperti dipetik agensi berita Antara, turut mengecam tindakan sekumpulan masyarakat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#jenazah
#koronavirus
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan