JENIN: Kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang tinggal di kem pelarian Jenin terpaksa menjadi pelarian sekali lagi setelah rejim Zionis melancarkan operasi ketenteraan berskala besar di utara Tebing Barat pada Isnin.
“Mereka berpindah beramai-ramai untuk menyelamatkan diri,” kata Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub sambil menambah kumpulan tersebut bakal ditempatkan di sekolah dan pusat perlindungan sementara lain di sekitar bandar tersebut.
Menurutnya, terdapat kira-kira 18,000 penduduk Palestin menetap di kem pelarian berkenaan yang digempur Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Serbuan ganas di bawah arahan kerajaan ‘ekstremis’ pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu tersebut yang disertai ratusan anggota tentera memasuki hari kedua pada Selasa.
Letupan kuat turut menggegar bandar itu yang didakwa menjadi kubu kuat kumpulan pejuang, Briged Jenin yang mahu dihapuskan tentera Israel.
Serangan ganas itu telah meragut 10 nyawa manakala 100 yang lain cedera termasuk 20 disahkan berada dalam keadaan kritikal.
Netanyahu dengan angkuh mendakwa tentera mereka berjaya menggempur 'sarang pengganas' di Jenin dan memusnahkan pusat perintah bersama serta merampas bekalan senjata milik kumpulan tersebut.
Kementerian Luar Palestin menerusi kenyataan balas menyifatkan tindakan pencerobohan itu sebagai satu bentuk perang terbuka kepada penduduk Jenin setelah rejim Zionis meningkatkan operasi mereka sejak beberapa bulan lalu.
DISOKONG AS
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Israel berpendapat kononnya rejim Tel Aviv berhak untuk mempertahankan penduduknya daripada ancaman pejuang Palestin setelah komuniti antarabangsa berdiam diri tentang operasi mengejut tersebut.
“Kami menyokong hak keselamatan Israel yang mahu melindungi orang awam daripada ancaman gerakan Hamas dan Jihad Islam serta kumpulan pejuang lain.
“Ia adalah penting untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa pada masa akan datang,” kata jurucakap Jabatan Negara di Washington.
Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan saranan AS sebelum ini yang menggesa kerjasama keselamatan antara Israel dan Palestin disambung semula.
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah berulang kali mendesak kedua-dua belah pihak tersebut agar mencapai perdamaian untuk mengelakkan konflik lebih buruk.
Ketika kebangkitan Intifada Kedua pada 2002, operasi berskala penuh yang dilancarkan IDF di Jenin telah menyebabkan sekurang-kurangnya 52 pejuang dan penduduk Palestin terkorban berikutan pertempuran sengit berlarutan selama 10 hari. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Jul 05 2023
Penduduk Palestin dari kem pelarian Balqa mengadakan tunjuk perasaan menentang serangan tentera Zionis di Jenin. - Foto REUTERS
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.
Majlis Hukama' Al-Muslimin sambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan
Majlis Hukama' Al-Muslimin harap ia menjadi permulaan kepada kestabilan berkekalan di Lubnan.
Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin tumpuan Dewan Rakyat
RSN Rayer (PH-Jelutong) mengemukakan soalan berkaitan isu tersebut dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, sebaik sidang bermula.