Penduduk tempatan tuntut tindakan lebih tegas atas imigran

Astro Awani
Ogos 30, 2018 22:36 MYT
Kenderaan polis dilihat di lokasi di mana penyokong sayap kanan mengadakan protes selepas seorang lelaki Jerman ditikam hujung minggu lalu di Chemnitz, 27 Ogos, 2018. REUTERS
Ratusan penduduk di timur Jerman mengadakan bantahan pada Khamis susulan kejadian seorang penduduk tempatan maut ditikam oleh dua imigran.
Mereka berkumpul di lokasi tempat kejadian itu sambil menuntut kerajaan supaya bertindak lebih tegas serta mengawal kehadiran ramai imigran di negara itu.
Ia berikutan kejadian jenayah didakwa semakin meningkat sejak kebanjiran imigran di Jerman.
Bantahan aman itu bagaimanapun, dikawal ketat pihak polis.
Dalam kejadian sebelum ini, seorang lelaki berusia 35 tahun cedera selepas diserang sekumpulan imigran di Chemnitz.
Dalam bantahan sebelum ini, sekurang-kurangnya 18 cedera selepas bertempur dengan kumpulan imigran lain.
#Bantahan #imigran #Jerman #protes #tikaman