SPESIES baharu dinosaur bersaiz anjing dan mempunyai senjata ekor pemotong yang unik ditemukan di Chile.

Saintis berkata, sesetengah dinosaur mempunyai ekor berduri yang boleh digunakan sebagai senjata tikam dan yang lain mempunyai ekor panjang dan bulat.

Penemuan spesis baharu itu diedahkan dalam kajian jurnal Nature, pada Rabu.

Pengarang utama, Alex Vargas berkata, dinosaur itu mempunyai sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada mana-mana haiwan iaitu tujuh pasang "pisau" di sisi seperti senjata penghiris yang digunakan oleh pahlawan Aztec purba.

Spesies berkenaan merupakan pemakan tumbuhan dan mempunyai gabungan ciri-ciri dari spesies berbeza yang pada mulanya disalah erti oleh ahli paleontologi.

Bahagian belakang, termasuk senjata ekornya, kelihatan serupa dengan Stegosaurus, jadi para penyelidik menamakannya Stegouros Elengassen.

Selepas satu pasukan memeriksa kepingan tengkorak dan melakukan lima analisis DNA berbeza, mereka membuat kesimpulan bahawa ia hanya berkaitan jauh dengan Stegosaurus.

Sebaliknya, ia adalah daripada kumpulan hemisfera selatan yang jarang ditemui dalam keluarga dinosaur Ankylosaur.

Ahli paleontologi Universiti Chile yang membuat penemuan itu, Sergio Soto berkata, kepentingan penyiasatan ini terletak pada penemuan spesies dinosaur berperisai baharu yang tinggal di Chile.

Fosil itu adalah dari kira-kira 72 juta hingga 75 juta tahun yang lalu dan kelihatan seperti sudah dewasa berdasarkan cara tulang bergabung.