awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Japan Airlines buat pendaratan kecemasan disyaki enjin terbakar

Bernama
Bernama
22/06/2024
16:12 MYT
Penerbangan Japan Airlines buat pendaratan kecemasan disyaki enjin terbakar
Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) yang menuju ke Osaka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Aomori, Jepun pada petang Sabtu. - Gambar fail/X @JAL_Official_jp
TOKYO: Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) yang menuju ke Osaka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Aomori, Jepun pada petang Sabtu, lapor media tempatan menurut Xinhua.
Enjin pesawat yang berlepas dari Aomori disyaki terbakar, lapor penyiar tempatan Aomori Television dengan memetik pegawai berkenaan.
Pada 1.15 tengah hari waktu tempatan, pesawat JAL Penerbangan 2154 yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka berlepas dari Lapangan Terbang Aomori. Tidak lama selepas berlepas, berlaku masalah enjin memaksa pesawat berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Aomori sebelum 2 petang.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 47 penumpang dan anak kapal. Pegawai menyatakan bahawa api dilihat keluar dari enjin sebelah kiri semasa penerbangan.
Japan Airlines segera mengatur pemindahan penumpang ke dua penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kekal diparkir di Lapangan Terbang Aomori dengan siasatan terperinci mengenai punca masalah enjin masih dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Japan Airlines
#pendaratan kecemasan
#JAL
#enjin terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan