awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peneroka haram Israel tingkatkan pencerobohan masjid Al-Aqsa ketika Ramadan

Bernama
Bernama
05/03/2025
15:12 MYT
Peneroka haram Israel tingkatkan pencerobohan masjid Al-Aqsa ketika Ramadan
Masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam. - Gambar fail/Pexels
ANKARA: Peneroka haram Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sepanjang bulan suci Ramadan, di tengah-tengah sekatan terhadap kemasukan jemaah Palestin ke kawasan tersebut, lapor Anadolu Ajansi.
Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis pada Rabu berkata seramai 237 peneroka telah menceroboh perkarangan masjid itu dengan perlindungan polis Israel.
Menurutnya, para peneroka memasuki masjid melalui Pintu Al-Mugharbah di bahagian barat, laluan yang sering digunakan dalam pencerobohan sedemikian.
Sementara itu, sekitar 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa pada Selasa malam meskipun berdepan sekatan Israel.
Solat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan selepas solat isyak.
Sejak awal Ramadan, Israel telah menghadkan kemasukan jemaah Palestin dari Tebing Barat yang diduduki ke masjid berkenaan, membenarkan hanya penduduk Palestin dari Baitulmaqdis Timur dan rakyat Arab Israel untuk memasuki kawasan itu.
Rakyat Palestin melihat sekatan ini sebagai sebahagian daripada daripada dasar Israel yang lebih luas untuk Yahudi Baitulmaqdis Timur, termasuk Masjid Al-Aqsa, dan menghapuskan identiti Arab serta Islamnya.
Masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, tempat terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia kemudian mengilhakkan seluruh bandar itu pada 1980, satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Julai tahun lalu mengisytiharkan bahawa pendudukan Israel yang berlarutan di wilayah Palestin adalah tidak sah, serta menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ICJ
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan