Pengacara popular saluran E!, Giuliana Rancic mengesahkan dia positif COVID-19.
Rancic yang sepatutnya mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Emmy berkata, selain dia, turut disahkan positif pandemic berkenaan ialah suami dan anaknya.
Dalam mesej khas yang disampaikan menerusi video di akaun media sosialnya, Rancic berkata, dia bersama suami, Bill, 49, serta anak mereka, Duke, 8, kini menjalani pengasingan di rumah mereka.
"Sebagai mematuhi garis panduan yang ketat untuk E! dan NBC Universal terutama menjelang acara besar seperti ini, saya menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif.
"Saya sangat lega kerana mengetahuinya sebelum saya melakukan perjalanan atau menjangkiti orang lain. Jadi, saya amat lega," katanya.
Kata Rancic, dia bersama ahli keluarganya, bagaimanapun, berada dalam keadaan baik.
"Saya berharap anda semua dapat melindungi keluarga anda dan menjaga mereka daripada virus ini. Jaga diri dan semoga berjumpa di acara karpet merah seterusnya," katanya.
Astro Awani
Mon Sep 21 2020

Menurut Giuliana Rancic, dia bersama suami serta anaknya kini menjalani pengasingan di rumah. - Gambar Instagram GIULIANA RANCIC

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Pemenang Anugerah Emmy Louie Anderson meninggal dunia
Louie Anderson meninggal dunia di Las Vegas selepas dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan.

Pengacara popular Giuliana Rancic positif COVID-19
Turut disahkan positif COVID-19 ialah suami pengacara itu, Bill dan anak mereka, Duke.

Anugerah Emmy pertama secara maya dalam norma baharu
Schitt's Creek menjadi pemenang terbesar dengan meraih sebanyak sembilan kemenangan pada malam Ahad.

Dendangan 'Time After Time' Halsey di Anugerah Emmy buat penonton meruntun
Sudah pasti kita akan ternanti-nantikan persembahan pada setiap majlis berprestij seperti Anugerah Emmy.

Game of Thrones, Fleabag ungguli kemenangan di Anugerah Emmy
Anugerah Emmy yang ke-71 menyaksikan kemenangan besar buat dua drama siri Game of Thrones dan Fleabag

Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy
GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan.

Seperti harimau bintang salji! Peminat troll Priyanka Chopra
Priyanka Chopra sentiasa tampil dengan gaya memukau di karpet merah, namun pada Anugerah Emmy baru-baru ini pelakon Bollywood itu disamakan pula seperti harimau bintang salji.

Anugerah Emmy: 'Game of Thrones' cipta sejarah
Game of Thrones kini mengumpul 38 buah trofi Emmy, sejak mula dicalonkan melalui musim pertama pada tahun 2011.

Gelagat selebriti 'kepanasan' di Anugerah Emmy 2015 curi perhatian
Kebanyakan selebriti yang hadir terpaksa bertahan di dalam cuaca panas yang mencecah 99 darjah celcius.

Pelakon Sopranos James Gandolfini meninggal dunia
Pemenang anugerah Emmy, pelakon AS James Gandolfini, bintang drama The Sopranos, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun di Itali, lapor sebuah media pada Rabu.