INDONESIA akan menjadi negara pertama menganjurkan acara Nas Summit di luar Dubai.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno dalam satu kemas kini di Instagram berkata, acara itu akan menjadi satu platform yang baik untuk memperkenalkan produk pelancongan dan ekonomi Indonesia.
"Diharapkan acara ini dapat menjadi wadah mempromosikan pelancongan dan ekonomi kreatif Indonesia serta dapat menjadi motivasi kita untuk terus berkarya di dunia digital agar lebih banyak peluang pekerjaan tercipta," tulisnya.
Namun begitu keterujaan Sandiaga tidak dikongsi netizen Indonesia yang mempersoalkan acara yang dikelola YouTuber kontroversi, Nas Daily itu.
"Individu ini bermasalah, di negara jiran dia ditolak, kenapa kita beri ruang pada orang seperti ini, lebih baik sebelum dijemput, sekurang-kurangnya kita kaji dulu biografi, asal usul, latar belakang, jangan silap pilih," kata seorang pengguna di ruangan komen.
"Ini bukan hal yang membanggakan," ujar seorang pengguna Instagram dalam komennya.
"Pak, berikan hujah alasan mengapa kita perlu mengundang Nas Daily?" komen seorang lagi.
Nas sebelum ini mencipta sensasi apabila meletakkan dirinya sebagai pro-Israel dan menormalisasi hal konflik antara Israel dan Palestin.
Dia pernah dikesan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis di bawah Kepulauan Caribbean. Sementara itu di Filipina pula, dia dituduh mengeksploitasi seorang pelukis tatu berusia 104 tahun dan menggunakan bahasa diskriminasi yang menyinggung perasaan warga tempatan.
Nas Summit adalah acara yang akan menghimpunkan pelbagai pencipta kandungan, artis media sosial, influencer dan YouTuber dari seluruh dunia.
Komuniti berskala antarabangsa ini mempunyai sekurang-kurangnya 22,000 ahli.
Antara speaker yang dijangka turut serta di Indonesia ialah Rudy Salim, Boy William dan Nirina Zubir.
Agensi
Sat Jan 28 2023
Keterujaan Sandiaga tidak dikongsi netizen Indonesia yang mempersoalkan acara yang dikelola YouTuber kontroversi, Nas Daily itu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Nas Daily guna pasport negara lain masuk ke Malaysia - Imigresen
Warga Israel, Nas Daily masuk ke Malaysia guna pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.