PARIS: Seorang wanita dari Iran dikenakan hukuman gantung selepas disabitkan kesalahan membunuh suaminya yang dikahwini ketika masih kanak-kanak, tanpa menghiraukan kempen antarabangsa mendesak dia diampunkan.
Pengarah kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway, Mahmood-Amiry Moghaddam berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Samira Sabzian.
Jelasnya, Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar di bandar satelit Tehran, Karaj.
Tambah beliau, wanita itu adalah pengantin kanak-kanak yang berkahwin dengan suaminya pada usia 15 tahun dan menurut saudara-maranya dia juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
"Dia ditahan 10 tahun lalu ketika berusia 19 tahun atas tuduhan membunuh suaminya dan kemudian dijatuhi hukuman mati.
"Dia mempunyai dua anak yang tidak pernah dilihatnya selepas ditahan sehingga mesyuarat terakhir di penjara awal bulan ini.
"Samira adalah mangsa 'apartheid jantina' apabila melalui fasa perkahwinan kanak-kanak termasuk keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan hari ini dia menjadi mangsa pembunuh rejim yang tidak cekap serta makan rasuah," katanya.
Dalam pada itu, Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International (Amnesty), sudah lama menimbulkan kebimbangan mengenai lonjakan hukuman mati di Iran pada 2023 apabila sekurang-kurangnya 115 orang dibunuh pada November saja.
Justeru, Amnesty menggesa Iran tidak melaksanakan hukuman tersebut dengan menyatakan pihak berkuasa sebenarnya melakukan 'pembunuhan atas nama negara'.
Sementara itu, Kerajaan British pula meminta Iran untuk menyelamatkan nyawa Samira.
"Samira adalah mangsa perkahwinan kanak-kanak. Iran mesti menghentikan layanan buruknya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan," kata Menteri Luar Negeri, Tariq Ahmad menerusi platform X.
Menurut IHR, 18 wanita dihukum mati di Iran tahun ini, termasuk Samira Sabzian. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Dec 21 2023
Seorang wanita dari Iran dikenakan hukuman gantung selepas disabitkan kesalahan membunuh suaminya yang dikahwini ketika masih kanak-kanak. - Gambar hiasan. Foto kecil: Samira Sabzian
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.